PELAKON dan usahawan Nur Fazura mula mengesan bakat anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya sebagai seorang penghibur meskipun kanak-kanak itu baru sahaja berusia tiga tahun. Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, sebagai seorang ibu dia tidak kisah sekiranya Fatima mahu menceburkan diri dalam bidang seni suatu hari nanti. Bagaimanapun kata Fazura, dia bimbang jika tidak dapat menangani sekiranya Fatima terpalit dengan isu atau kontroversi sebagai seorang selebriti. “Bidang seni ini agak sukar, saya agak risau juga kalau Fatima masuk bidang seni dan terpaksa mengharungi pelbagai onak duri sebagai selebriti.
“Tapi Fatima ini saya tengok seorang yang kuat dan rasanya dia boleh hadapi cuma bimbang saya boleh ke hadap kalau anak kena gosip dan dihentam? Terpulanglah, saya terbuka apa sahaja Fatima nak buat dalam hidup dia. Nampaklah ciri-ciri penghibur itu sudah ada dalam diri dia,” katanya. Fazura berkongsi perkara itu selepas pertunjukan fesyen koleksi Fazbulous Raya 2024 yang diadakan pada Sabtu lalu. Dalam pada itu, pelakon itu memberitahu anak perempuannya itu juga sudah mula berjinak-jinak sebagai model iklan.
Kata Fazura, dia melihat Fatima seorang yang natural apabila berhadapan dengan kamera dan tidak sukar menguruskannya ketika berada di set penggambaran. “Sekarang pun ada sikit-sikit berlakon dalam iklan, dia seorang yang natural. Drh seni itu sudah ada dalam diri dia. “Jika suatu hari nanti dia nak pelakon atau penyanyi, saya dan suami sokong sahaja. Mudah-mudahan saya dan Fattah diberikan kesihatan untuk bimbing dan sokong kariernya,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Fazura memberitahu dia bakal kembali ke televisyen dengan dua buah projek drama bersempena kedatangan Ramadan.
Kata Fazura, kemunculannya itu selepas enam tahun berehat daripada dunia lakonan disebabkan sibuk menguruskan perniagaan. “Enam tahun tak keluar TV, kali terakhir drama Hero Seorang Cinderella dengan Fattah. Ramai tanya bila nak buat ‘comeback’ tapi saya sibuk dengan bisnes. “Alhamdulillah tahun ini saya ada dua projek yang bakal menambat hati penonton bersempena Ramadan. Harap peminat jangan muak tengok saya,” katanya. Bercakap mengenai koleksi Fazbolous Raya 2024, kali ini Fazura mengetengahkan tiga koleksi Tudung Fazura iaitu Citra Zahraa dan Kesuma Warna berinspirasikan flora.
Manakala Rona Peterana pula dengan corak abstrak dan geometri moden. Kesemua 30 corak-corak menarik ini akan mula berada di pasaran dalam waktu terdekat disamping koleksi lain seperti baju kurung Kedah, kurung moden, kebaya serta ready to wear. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.