Pendakwah dan selebriti, PU Riz menasihati para suami agar menghargai pengorbanan isteri terutama selepas mereka melahirkan cahaya mata. Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata perjuangan isteri ketika melahirkan zuriat bukanlah satu perkara yang mudah. “Isteri dah melahirkan anak kita dan kita pun tenang tengok anak-anak. Kalaulah ada lebihan-lebihan ‘tayar spare’ dekat badan dia atau badan dia dah tak macam dulu, janganlah dilihat kepada itu semata-mata tapi lihat kepada pengorbanan.” Klik sini untuk lihat video.
Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 29 tahun itu juga sempat menceritakan momen semasa dia menyaksikan proses kelahiran kedua-dua anaknya iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas. “Sebab tu orang lelaki, kalau isteri tengah bersalin tolonglah masuk tengok. Saya pertama kali masuk rasa nak pitam dalam bilik tu, selepas itu yang kali kedua pun saya rasa nak muntah juga. Bukan geli, tapi rasa kesian.” Justeru itu, perubahah fizikal pada tubuh badan wanita selepas bersalin seharusnya dihargai.
“Kalau dia pakai tak elok dan ada ‘beberapa lebihan’, jadikan ia satu peringatan untuk kita. Kita hargailah pasangan kita, terutama yang pernah bersalin dengan penuh kesusahan.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pesanan yang diberikan. Mereka juga menyifatkan Neelofa sebagai seorang wanita yang bertuah kerana memiliki suami yang matang dan penyayang seperti PU Riz. Sekadar info, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.