Umur 10 tahun dah pandai, Che Ta naikkan elaun shopping barang solek Aaisyah dari RM100 ke RM250 seminggu

Sudah menjadi lumrah seorang wanita itu ingin mencantikkan diri, lebih-lebih lagi buat gadis-gadis yang meningkat remaja. Itulah yang sesuai digambarkan untuk anak perempuan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini sudah pun berusia 10 tahun dan sudah pandai menggunakan alat solek. Terbaru, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta berkongsi di laman TikTok miliknya di mana dia membawa anak gadisnya itu membeli-belah di kedai make up terkemuka, Sephora dan hanya memberikan RM100. Klik sini untuk lihat video.

Pun begitu, Aaisyah difahamkan seakan tidak menjumpai barang yang ingin dibelinya lebih-lebih lagi kedai peralatan make up tersohor itu rata-rata menjual barangan import yang sangat mahal. “Kasihannya, RM100 nak beli apa? Celak besar biji kurma pun dah RM55. Okey mommy (ibu) naikkan dari RM100 kepada RM250 seminggu untuk Aaisyah,” katanya. Disebabkan itu, Che Ta menaikkan elaun untuk anaknya itu daripada RM100 ke RM250 agar Aaisyah dapat berbelanja lebih untuk barangan solek.

Aaisyah kelihatan gembira apabila dapat membeli beberapa alat solek yang diinginkan dan keseluruhan barangnya berharga RM174, lalu bakinya Che Ta berkata boleh digunakan untuk pembelian seterusnya. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.