Bekas pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar berkongsi pengalaman perit berdepan konflik kehilangan hak penjagaan anak, Mohamad Aaron Erwin daripada perkahwinan pertamanya. Jelas Nadia, dia menanggung kesedihan lebih setahun sehingga fikirannya terganggu dan terpaksa bergantung kepada ubat tidur. Lebih menyayat hati, Nadia berkata dia tidak dibenarkan sama sekali untuk berjumpa bahkan tidak dapat menyentuh anaknya itu, malah langsung tidak mengetahui tentang kehidupan Aaron.
“Bagi saya, kehilangan paling besar dalam hidup adalah kehilangan anak. Bukan sebab pergi menghadap illahi, tapi perpisahan. Saya tak dapat bawa anak saya bersama dan terpaksa tinggalkanya pada waktu itu. Saya menanggung derita lebih setahun. Dia hidup tapi saya tak dibenarkan untuk jumpa dia, tak dapat peluk,, sentuh dia.. Saya langsung tak tahu apa-apa khabar mengenai diri dia. Itu adalah kehilangan terbesar dalam hidup sehingga saya tak boleh tidur malam sebab terlalu banyak berfikir,” katanya dengan linangan air mata.
Mengulas lebih lanjut, Nadia menjelaskan fikirannya terganggu gara-gara memikirkan tentang keselamatan anaknya. “Saya risau sekiranya anak saya terjatuh tangga atau tak ada orang tengokkan, beri makan dan saya tertanya boleh ke orang sayang dia seperti mana saya sayang dia? Saya juga terpaksa ambil ubat tidur. Orang luar ingat fasa ini mudah, lebih lagi, anak saya baru berusia tiga tahun. Saya tak boleh mengambilnya atas beberapa sebab yang saya tak boleh sebut. Saya tak ada kuasa. Tapi, apa yang berlaku banyak memberi pengajaran kepada saya. Kini, saya gembira fasa itu sudah pun berlalu, anak saya pun dah besar,” ujarnya menerusi sebuah podcast dikendalikan oleh selebriti, Mimi Fly.
Sementara itu, Nadia bersyukur anaknya yang kini berusia 16 tahun sama sekali tidak pernah menyalahkannya, malah dia amat memahami keputusan ibunya itu. Anak kepada usahawan Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton itu berkata dia tidak pernah mendedahkan penderitaan tersebut kepada umum kerana berpegang teguh kepada prinsip untuk kekal positif. “Anak saya tak pernah salahkan saya kerana tahu apa yang berlaku. Dia cakap kepada saya, jika dia berada dalam kedudukan saya, dia pun akan lakukan perkara yang sama.
“Anak minta saya tak risau kerana kehidupannya baik-baik sahaja. Selama ini, saya tak kongsikan perkara ini secara terbuka kerana lebih suka menunjukkan kehidupan positif. Bagi saya, apa yang terjadi dalam hidup pasti ada bahagian positif kerana itu memang menjadi prinsip hidup saya. Macam sebiji telur, saya hanya bagi orang nampak bahagian elok sebab saya nak orang belajar benda positif,” katanya lagi. Terdahulu, Nadia mendirikan rumah tangga bersama Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi, namun mereka berpisah pada Oktober 2010.
Nadia kemudian mendirikan rumah tangga bersama Hafiz Salleh pada November 2015. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Dya Naylaa, 8, namun jodoh mereka tidak panjang dan berpisah, tahun lalu. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.