Bersyukur sebab rezeki mencurah curah, Abg Tesla akui banyak yang DM nak jadi isteri ketiga

USAHAWAN dan personaliti media sosial dikenali sebagai Abang Tesla mendedahkan dia menerima banyak mesej yang menawarkan diri untuk menjadi isteri ketiga. Abang Tesla atau nama penuhnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, bagaimanapun berkata, dia memilih untuk tidak melayan mesej tersebut dan menganggap ia sebagai gurauan dan juga perangkap untuk menjatuhkan dirinya. “Itu semestinya ada (mesej untuk jadi isteri ketiga), tidak dinafikan. Tapi saya anggap ia sebagai gurauan dan perangkap.

Seperti kita tahu, kalau benda senang datang ini (mesej tawar menjadi isteri) dia sama ada perangkap ataupun orang itu mahukan duit,” katanya. Dalam masa sama, Khal juga memberitahu rezekinya dan keluarga melimpah ruah meskipun menerima kritikan hebat sebelum ini. “Sebelum ini masa viral, orang nak saya jatuh, terduduk. Alhamdulillah sekarang rezeki saya semakin bertambah dan juga rezeki isteri bertambah. Apa yang warganet mahukan (jatuh) tidak terkena kepada saya,” ujarnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.