USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida bertindak menukar nama pusat tahfiz miliknya kepada Tahfiz Al Zuhdie Wa Zikrie sejak tahun lalu. Vida atau Hasmiza Othman, 53, berkata, nama pusat tahfiz itu ditukar bersempena dua orang Allahyarham anaknya iaitu Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie yang pergi menghadap illahi 11 tahun lalu. “Baru tukar nama pada tahun lepas, pertamanya saya tukar nama itu sebab ia tempat dua arwh anak saya dikafankan. “Ketika itu saya tak bawa masuk rumah sebab masih bersedih tentang kehilangan dua anak saya itu,” katanya ketika dihubung.
Vida juga berkongsi selama pusat tahfiz itu beroperasi sejak enam tahun lalu, syarikatnya menanggung 99 peratus kos perbelanjaan dan operasinya. Usahawan itu memberitahu sepanjang tempoh itu tiada pihak tampil menghulurkan bantuan bagi kelancaran pusat tahfiz tersebut namun tidak melihat ia sebagai satu masalah besar. “Sebelum ini guna nama saya tiada siapa nak bantu sebab mungkin mereka menyangka saya boleh tanggung semuanya tanpa bantuan. Tapi tidak mengapalah, pusat tahfiz itu saham akhirat, biarlah saya tanggung,” jelasnya.
Vida memberitahu setiap tahun dia akan mengeluarkan kos lebih setengah juta bagi kegunaan pusat tahfiz berkenaan. Meskipun tidak mudah menguruskan sebuah pusat tahfiz namun kata Vida ia juga adalah senjata buat perniagaan dan kesihatannya. “Alhamdulillah pada awal buka itu struggle juga tapi pusat tahfiz ni jadi senjata pada pernigaaan, kehidupan serta kesihatan saya. Doa pun mudah makbul. Kalau ikutkan kos semuanya RM50,000 sebulan jadi setahun dalam RM600,000,” katanya.
Untuk rekod, Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie pergi menghadap illahi dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh pada Ogos 2013. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.