Isteri kepada Ahmad Aslam iaitu Umisya Mazlan telah memberikan satu kenyataan berkenaan dengan sambutan hari raya Aidilfitri yang dianggap berbeza pada tahun ini. Menerusi Kosmo! Misya turut menjelaskan bahawa sambutan hari raya tahun ini juga dianggap mencabar berbanding dengan sambutan raya untuk tahun 2023. “Tahun ini (raya) agak mencabarlah sebab mengalah dan bahagi dua.” Jawapan yang diberikan itu sekaligus telah memberi bayangan berkenaan dengan status suaminya, Ahmad Aslam yang dikatakan sudah berkahwin dua dan perlu beraya secara bergilir-gilir dengan isteri pertama dan isteri kedua.
Disebabkan itu, rata-rata warganet sebak dengan jawapan yang diberikan oleh Misya dan anggap bahawa wanita ini sangat kuat mengahadapi dugaan hidup. Walau bagaimanapun, sehingga kini Misya masih belum memberikan sebarang pengesahan mengenai khabar angin yang mengatakan suaminya sudah bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu. Pun begitu, perkara ini telah disahkan oleh kakak Misya sendiri yang dikenali sebagai Nadiah. Sementara itu, ibu bapa Marissa yang juga pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim masih kekal mengunci mulut tanpa memberikan sebarang pengesaan atas dakwaan itu.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.