Usahawan dan pempengaruh media sosial, Syafiqah Aina menyatakan dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suaminya, Hafiz Mahamad dalam rumah tangga yang dibina. Ketika ditemui, Aina berkata dia yakin Hafiz yang juga merupakan seorang ‘influencer’ tidak akan berlaku crang dengan wanita lain. Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata ini tetap menyimpan perasaan ‘insecure’ serta lebih berhati-hati menjaga keharmonian keluarga.
“Masa saya kenal dia, saya letakkan kepercayaan kepada dia tapi tetaplah berhati-hati… kita perempuan kan, mesti ada rasa insecure dan tak selamat kan. Tapi saya rasa, saya percaya yang dia.. Insya-Allah tak akan buat benda itu (crng). Kita sama-sama dalam perhubungan ini, sama-sama berusaha untuk tidak ke arah itu.” Sebelum ini, Hafiz memberitahu dia sentiasa mengingatkan Aina agar sentiasa memeriksa telefon bimbitnya bagi mengelakkan timbul isu ‘main kayu tiga.’
Menurut Hafiz, biarpun dia tidak melakukan perbuatan tersebut namun dia mahu isterinya tidak terlalu meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya. Sebelum ini, warganet menasihati Hafiz agar tidak menduakan isterinya selepas kontroversi pempengaruh Aliff Teega yang mengakui sudah berkahwin dua. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.