Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil memberikan pandangan terhadap dakwaan mengatakan anak perempuannya, Marissa Dania sudah pun bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Aslam di Thailand baru-baru ini. Menerusi video yang dikongsikan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Abby berpendapat Aslam merupakan individu yang tidak layak untuk berpoligami kerana dilihat masih belum berkemampuan. “Aslam itu bukan orang yang boleh berpoligami, saya tak nampak dia boleh. Saya tak nampak itu sebab dia tidak berkemampuan.”
Dalam pada itu, Abby mendedahkan dia dan keluarga sama sekali tidak mengetahui bahawa Marissa berhubung dan mempunyai hubungan dengan Aslam. Tambah pelakon yang popular dengan drama bersiri ‘Gerak Khas’ itu lagi, dia terkejut dan menjadi tertanya-tanya terhadap perubahan sikap yang berlaku dalam diri Marissa. “Keluarga yang lain tak tahu-menahu pun dia (Marissa) berhubung dengan lelaki yang sekarang (Aslam). Lillahitaala, Marissa dengan saya daripada kecil tapi saya dapat lihat dia tak macam dulu. Saya pun pelik dan rasa macam ada sesuatu yang membuatkan anak saya itu berubah dan berpusing 360 darjah begini.
Perkara ini sebenarnya memang di luar jangkaan saya dan ayah dia sebab kami dah berusaha sehabis baik untuk jaga anak. Terdahulu, tularnya satu dakwaan yang mengatakan Marissa sudah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu. Bukan itu sahaja, kakak kepada Misya iaitu Nadiah Mazlan juga mengesahkan mengenai berita perkahwinan tersebut ketika dihubungi. Selepas itu, timbul pula dakwaan mengatakan Marissa menyahikut Abby dan juga bapanya, Normah Hakim di media sosial susulan penularan berita tersebut.
Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya dilihat meluangkan masa bersama ketika menghadiri majlis previe bufet Ramadan yang diadakan di Summit Hotel Subang USJ, Selangor. Sekadar info, Marissa sebelum ini juga pernah didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya sehingga pasangan itu hampir berpisah. Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda. Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.