Pempengaruh, Aisar Khaled diminta warganet untuk berhenti ‘sembang kuat’ di media sosial terutama mahu menghadiahkan telefon pintar berjenama iPhone pada bulan Ramadan. Ia dapat dilihat apabila Aisar Khaled dalam hantarannya menyatakan dia mahu menghadiahkan sebanyak 15 biji iPhone kepada pengunjung bertuah datang ke masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih. Bukan itu sahaja, lima pengunjung yang bertuah juga akan menerima pakej umrah bernilai RM11,000 seperti mana dinyatakan dalam bentuk mock up cheque. Klik sini untuk lihat video.
“Ada lima belas biji iPhone, hari ini saya nak bagi pada pengikut saya. Tak cukup dengan itu, hari ini juga saya nak bagi 5 orang ke umrah. Dekat mana? Di Masjid Jamek Pekan Kajang. Kita solat tarawih bersama di sini. Lime orang ke umrah, lima belas biji iPhone saya akan bagi selepas solat tarawih,” katanya. Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana mereka meminta pempengaruh itu berhenti daripada memberi harapan palsu kepada pengikut.
Ini kerana sebelum ini ramai dalam kalangan warganet mendakwa mereka langsung tidak pernah menerima iPhone yang dijanjikan oleh pempengaruh berkenaan. Mereka juga mengatakan kotak iPhone yang dipegang oleh Aisar dan ahli pasukannya hanyalah kosong dan tiada ‘isi’ kerana kelihatan ringan sahaja.
Apa yang menariknya, tindakan salah seorang ahli kumpulan Aisar didakwa telah menyebabkan segala tipu daya selama ini musnah setelah kantoi dengan warganet. Ini dapat dilihat dengan jelas pada minit ke 1:00 disaat individu tersebut mengangkat kotak iPhone.
Sebelum ini, seorang wanita pernah mendakwa dia tidak dapat iPhone daripada Aisar seperti yang dijanjikan sebelum ini selepas membeli set minyak wang. Malah, ramai warganet juga mendakwa Aisar adalah ‘scammer’ meskipun pempengaruh yang juga usahawan itu menafikan tuduhan berkenaan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.