SIASATANÂ berhubung penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’ tetap diteruskan walaupun permohonan maaf sudah dibuat oleh rangkaian kedai serbaneka, KK Mart dan vendornya. Perkara itu dijelaskan oleh Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah sebagai langkah menangani isu yang mencetuskan kegemparan dan kegusaran dalam masyarakat. “KDN memandang serius isu ini dan tindakan penguatkuasaan diambil dengan melaksanakan (pemeriksaan) di semua premis KK Mart di seluruh negara.
“Hasil pemeriksaan yang kita buat, didapati KK Mart sudah menarik balik semua stoking berkenaan di semua cawangannya di seluruh negara. Namun demikian, siasatan lanjut kita laksanakan terhadap pengurusan dan vendor-vendor yang terlibat bagi memastikan stoking ini tidak lagi berada di pasaran dalam negara ini,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin. Shamsul Anuar menjawab soalan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkaitan tindakan yang akan diambil oleh KDN bagi menghentikan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah serta adakah pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dibuat.
Tular di media sosial minggu lalu mengenai penjualan stoking yang tertera kalimah Allah dijual di kedai rangkaian serbaneka KK Super Mart. Susulan itu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai tampil memohon maaf. Shamsul Anuar berkata, sehingga kini, polis sudah menerima 36 laporan berkaitan penjualan stoking tersebut dan satu kertas siasatan sudah dibuka. Dia juga menjangkakan bahawa pihaknya akan membentangkan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 itu di Dewan Rakyat pada tahun ini.
“KDN dalam tindakan untuk meminda akta ini bagi memastikan ia memenuhi keperluan dan kehendak semasa, terutama sekali berkaitan dengan jnyh dalam talian dan sebagainya. Begitu juga pada 11 Mac tahun ini, kita sudah adakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak bagi mengemaskini dan memastikan pindaan ini dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.