Baru baru ini ada perkongsian dari penyampai radio Fizi Ali, dia meluahkan kemarahan di Instagram Stories mengundang perhatian pengguna media sosial. Menerusi hantaran tersebut, Fizi berang terhadap bekas isterinya, aktres Shakilla Khoriri yang didakwa telah mencabar had kesabarannya. Kata Fizi, 33, selama ini dia sebaik mungkin menjaga aib namun makin hari makin melampau perbuatan bekas isterinya itu. Aku hormat sebelum ni sebab kau tu mak kepada anak aku dan kita pernah bersama. Aku tak nak buka mulut sebab aku nak jaga aib kau. Kau dah makin lama makin melampau. Sabar ada tahapnya…. Aku rasa makin lama makin nipis ni.
Pemilik nama lengkap Mohd Hafizudin Alimudin mendedahkan hidupnya sudah musnah gara-gara pelakon drama Bisik Bisik Gelora. Hidup aku dah jahanam sekarang aku hilang semua benda.… Semua sebab kau! kau tak sedar lagi ke hah? Sekarang kau saja nak cari pasal lagi dengan aku.
Sabar ada limit
Dalam hantaran berbeza, pengacara ini juga memberi amaran supaya tidak melampaui batas. Sabar itu ada tahapnya. Jangan bagi sampai tahap kesabaran tu hilang! Terdahulu, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019. Sumber, oh bulan
Teruk Dikritik Warganet Kerana Cepat Move On, Rupanya Ini Yang Berlaku Pada Fizi Ali. Umum lagi memang kita ketahui dengan penyampai radio terkenal Suria FM Fizi Ali ini. Fizi sentiasa memikirkan anaknya, Ameena. Dia turut menurut dikritik warganet dikatakan cepat ‘move on’ selepas berpisah, penyampai radio Suria FM Fizi Ali berkata, dia tidak mahu hidup dalam kesedihan selama bertahun-tahun. Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, ibunya hampir membawa dia ke hospital sakit jiwa gara-gara keadaan mental yang teruk selepas berpisah. Kata Fizi, dia pernah bercakap seorang diri ketika memandu kereta dan kerap menangis apabila pulang ke rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan sudah berpisah dengan aktres Shakilla Khoriri.
Fizi enggan bersedih lama.
Katanya lagi “Ikutkan, kita nak tunggu berapa lama? Setahun, dua, tiga tahun macam itu (tak move on). Orang tak tahu apa kita rasa. Orang nampak dekat radio saya happy tapi dalam hati asyik fikir fasal anak. “Sampai bila saya nak bersedih, tiap-tiap malam nak menangis. Jujurnya saya cakap, masa baru berpisah mak saya sampai nak bawa pergi hospital g1la. “Sebab saya bercakap sorang-sorang, bawa kereta cakap seorang, balik rumah menangis. Takkan orang nak nampak kita macam itu sampai bila-bila,” katanya kepada mStar. Menerusi laporan mStar sebelum ini, Fizi mendedahkan dia sedang mengenali dengan seorang wanita namun hubungan tersebut masih di fasa berkawan.
Ikutkan saya memang tak buat persiapan apa pun untuk raya
Bagaimanapun, kenyataan Fizi itu disalah erti sehingga menyebabkan warganet beranggapan penyampai radio tersebut mudah meneruskan kehidupan selepas berpisah. Berkongsi mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri pula, Fizi memberitahu dia terpaksa berjauhan dengan anaknya iaitu Ameena Sofia yang kini bersama bekas isterinya. Cerita penyampai radio 34 tahun itu, dia langsung tidak membuat persiapan untuk beraya disebabkan mengenangkan nasib tidak bersama anak seperti tahun sebelum ini. “Ameena beraya bersama ibunya dahulu, saya pun faham sebab dia pun masih kecil dan lebih memerlukan ibu. Saya beri peluang Ameena bersama ibunya.
Fizi beri peluang anaknya beraya bersama Shakilla.
Katanya lagi “Ikutkan saya memang tak buat persiapan apa pun untuk raya. Masa Ramadan, saya sampai terlupa nak balik kampung, tak beli pun baju lagi dan saya janji nak beli baju untuk ibu pun lupa. “Orang nampak macam okay tak ada masalah, tapi jauh di sudut hati memang sedih. Orang nampak saya happy tapi sebenarnya sakit dekat dalam. Macam mana pun, kehidupan perlu diteruskan,” ujarnya. Untuk rekod, Fizi mendirikan rumah tangga dengan Shakilla, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun. Pada Disember tahun lalu, Fizi memaklumkan dia dan Shakilla mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Sumber, mstar