USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad meneruskan tradisinya dengan menyediakan sebanyak 10 buah bas persiaran bagi kegunaan orang ramai secara percuma untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri nanti. Menurut Hafiz, ia merupakan kali keempat dia melakukannya kerana memahami terdapat golongan yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan di musim perayaan. “Saya faham ada ramai sahabat yang kewangan dia tak mengizinkan. Izinkan saya cuba bantu apa yang boleh. Klik sini untuk lihat video.
“Tahun lepas 10 bas kita taja dan Insya-Allah untuk tahun ni kita taja 10 bas juga untuk awak balik raya. Saya dah bayar 10 bas untuk awak balik raya kampung tahun ni,” katanya menerusi hantaran di laman sosial, petang Rabu. Menurut Hafiz, dia berharap ia dapat membantu orang ramai yang memerlukan untuk pulang berhari raya di kampung. “Biarlah tak mampu beli baju raya, asalkan dapat beraya dengan mak ayah di kampung. Nanti cakap dekat mak, ‘Mak, raya ni adik balik!’. Sampaikan salam saya pada mereka tau.
“Jangan batal saat akhir dan book main-main. Kasihan saya nanti. Baik kita beri peluang pada mereka yang memerlukan,” katanya lagi. Setakat ini, sebanyak 10 bas ditaja untuk perjalanan dari Seksyen 13, Shah Alam di Selangor ke beberapa destinasi di utara, selatan dan pantai timur pada 7 April depan. Di ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan sumbangan Hafiz sempena Ramadan di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini. “Allahuakbar betapa besarnya harapan sahabat untuk memudahkan urusan orang untuk berkumpul di hari raya nanti. Semoga bertambah rezeki sahabat.
“Alhamdulillah, rezeki untuk mereka yang tiada kemampuan. Semoga Hafiz diberi keberkatan,” komen warganet. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.