Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin nafi dakwaan bekas pembantu rumah yang menyatakan anak istimewanya, Azil memkl wanita Indonesia terbabit. Aktres berusia 58 tahun berkenaan membuat hantaran berkenaan susulan dakwaan bekas pembantu rumah dikenali Rahayu pada Isnin menerusi platform Instagram. Zarina Zainuddin nafi dakwaan anak istimewanya, Muhammad Razil Azrai memkl pembantu rumah adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.
Pemilik nama Nur Zarina Mohd Zainuddin berkata, anaknya tidak akan memkl orang, sebaliknya bertindak pkl diri sendiri sahaja selain melainkan menggenggam tangan.
“Anak saya ni anak istimewa. Dia pkl diri dia sendiri saja. Dia takkan pukul orang, lebih-lebih (sekurang-kurangnya) dia genggam tangan sahaja. Jangan fitnah anak saya macam ini. Dia tak tahu apa-apa. Dia mengmk pun dia pkl muka dia sendiri, bukan pkl orang,”kata Zarina Zainuddin. Selain nafi, Zarina yang juga turut memberi amaran kepada bekas pembantu rumahnya yang telah melarikan diri agar tidak membuat cerita tidak benar. Tegas Zarina, bekas pembantu rumahnya telah ambil rantai dan gelang.
“Kau (bekas pembantu rumah) kalau nak hidup bebas di luar tu, senang nak ke mana-mana, jangan kau buat cerita bukan-bukan, pencri. Patutlah rantai labuh dan gelang tu lama aku cari tiada, kau kebas,” dedahnya.
Dalam pada itu, aktres itu meminta orang luar agar tidak berkata bukan-bukan tanpa mengetahui situasi sebenar mengenai masalah tersebut. Apa yang membuatkan dia kesal apabila orang ramai diihat menyokong dakwaan bekas pembantu rumahnya, sedangkan dia bersusah payah mencari wang setiap hari. Dedahnya lagi, sudah dua kali dia menjadi sasaran tipu daya agensi dan pembantu rumah.
“Orang luar tak tahu cerita jangan sedap mulut je cakap aku spin. Tak kena kat korang, kat mak korang, bolehlah korang cakap. Aku kerja separuh mti cari duit nak bayar pembantu rumah puluh ribu, dia blah (larikan diri), korang boleh sokong dia. Takda otak ke korang?. Ingat aku ni senang ke cari duit? Macam-macam benda aku hadap. Dah dua kali aku kena tipu dengan agensi dan pembantu rumah ni. Dia lari tinggalkan anak aku masa aku pergi kerja luar. Aku ni pergi cari duit nak bayar gaji dia,” tegas Zarina lagi.
Sebelum ini, bekas pembantu rumah Zarina menafikan dakwaan dia mencuri barangan milik aktres itu sebelum lari dari rumah. Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa dirinya melarikan diri kerana tidak tahan dipukul oleh Azil yang menghidap autisme. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.