USAHAWANÂ Madammu terpanggil untuk memberi sumbangan pakaian baharu buat golongan memerlukan bersempena kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi. Madammu atau Eriyca Baiduri, 34, berkata, dia terpanggil untuk berkongsi rezeki selepas tersentuh membaca berita mengenai mereka yang tidak berkemampuan membeli kelengkapan hari raya. “Baru-baru ini saya terbaca berita tentang ramai yang tidak dapat beli baju raya tahun ini dan tersentuh dengan kepayahan terpaksa dilalui mereka.
“Saya terpanggil untuk berkongsi rezeki dengan insan-insan memerelukan di luar sana,” katanya. Madammu berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram miliknya pada Rabu. Susulan itu, Madammu memberitahu pihaknya akan menyediakan sebanyak 1,000 pasang pakaian baharu khusus buat golongan wanita yang tidak berkemampuan dalam masa terdekat. “Saya nak berikan secara percuma. Saya sediakan 1,000 pasang baju kepada mereka yang memerlukan. Saya akan berada di butik Sabella untuk buat pilihan dan akan maklumkan bila tarikh pemberian itu. Saya akan buat dalam masa terdekat,” katanya.
Sementara itu, Madammu turut memohon agar tiada individu cuba mengambil kesempatan memandangkan usaha murni ini bertujuan bagi membantu mereka yang benar-benar berdepan masalah kewangan. “Kalau boleh saya tidak mahu ada yang cuba ambil kesempatan. Biarlah untuk mereka yang betul-betul memerlukan. Kepada yang kenal golongan susah, boleh maklumkan kepada saya. Saya juga tidak boleh nak buat penghantaran secara pos sebab masa sudah suntuk. Saya akan beritahu bila akan diedarkan,” jelasnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.