Baru-baru ini, pelakon Aprena Manrose telah memuat naik satu video yang dimuat naik di Instagram menunjukkan dia melakonkan parodi sedang ditemubual oleh wartawan. Namun begitu, video tersebut telah mendapat kritikan hebat dari warganet yang rata-ratanya mengatakan pelakon ini memerli Bella Astillah yang baru sahaja menjawab soalan dari wartawan tentang kemelut rumah tangga yang sedang dilaluinya. Klik sini untuk lihat video.
Selain itu, Aprena turut mengatakan bahawa netizen yang menuduhnya itu telah berfikiran negatif dan busuk hati kerana telah membuat andaian videonya itu ada kena mengena dengan isu semasa. “Allahuakhbar, sesungguhnya tiada niat untuk memerli atau menganjing sesiapa dalam video ni. Kes bella, saya diantara yang terawal tahu cerita tapi tidak pernah nak masuk campur. malah saya ada untuk dia. Tidak mungkin saya nak buat video untuk menyindir kawan baik saya sendiri, Bella Astillah.
Korang yang berfikiran terlalu negatif dan memandai sendiri nak kaitkan dengan isu semasa. Korang yang hati busuk. Content ini hanya gurauan semata-mata between me and my husband.” Aprena juga turut menasihati warganet untuk berfikir dulu sebelum bercakap serta jangan terlalu mudah untuk menjatuhkan hukum.
Tak cukup dengan itu, jenama baju kurung yang dipromosikan oleh Aprena, Leepat.co turut mengatakan bahawa video ini telah pun dimuat naik di TikTok pada 27 Mac lepas iaitu sebelum sidang media yang dibuat oleh Bella Astillah. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.