Pelakon sensasi, Fathia Latiff menjawab tuduhan sesetengah warganet tidak bertanggungjawab yang mendakwanya mempunyai masalah kesihatan mental. Menurut Fathia, perkara itu merupakan sesuatu yang peribadi dan tiada sebab untuk aktres drama rantaian popular Ariana Rose itu mahu berkongsi perihal terbabit kepada orang lain.
“Mengenai masalah kesihatan, saya tak nak kongsi. Ia adalah sesuatu yang peribadi. Kenapa saya nak kena kongsi dengan orang yang saya tak kenal? Orang-orang ini semua suka nak keluarkan perkara yang sepatutnya menjadi sesuatu yang peribadi. Tak boleh kerana benda tu boleh disaman tau,” katanya. Tambah Fathia, atas sebab tertentu, dia telah mengeluarkan saman kepada beberapa pihak secara senyap-senyap.
“Sekarang ni saya dah keluarkan banyak saman yang orang tak tahu lagi. Saya sendiri tak boleh bagi tahu pihak mana yang saya dah saman tapi memang ada pihak tertentu yang saya dah saman secara diam, jadi tunggu sahajalah surat saman saya. Apa yang buatkan saya saman mereka adalah apabila mereka ingat saya ni lemah. Mereka ingat saya ni baik dan mereka ingat orang baik tu lemah. Padahal mereka tak tahu saya sedang buat sesuatu di belakang mereka.
Mereka tak tahu bagaimana saya menyrng mereka semula. Jadi, berjaga-jaga kerana ada komen yang tidak sepatutnya akan saya balas semula,” ujarnya. Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa ini menegaskan dia hanya mahu mempertahankan diri sendiri serta dia juga tidak mempercayai orang lain secara sepenuhnya.
“Saya bukan jenis ‘fake’. Ada sesetengah selebriti yang ‘fake’, mereka boleh bertahan, mungkin kerana mereka ada ‘back up’ tetapi saya ada diri sendiri. Itu adalah satu-satunya cara dan saya harus pertahankan hak dan diri saya… Saya baik-baik sahaja. Saya tak percayakan sesiapa. Saya hanya percayakan diri sendiri sahaja. Saya tak percaya orang 100 peratus. Mungkin saya percaya hanya 70 sehingga 80 peratus sahaja, bukan sepenuhnya. Setiap orang perlu jaga periuk nasi masing-masing kan, kena berhati-hati sahajalah kerana kifarah adalah sesuatu yang benar,” katanya lagi.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.