Umum lagi kita mengenali dengan pelakon ini. Pelakon, Raja Farah Raja Aziz, 34, selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara normal pada pukul 9.40 pagi, Jumaat lalu. Berkongsi berita gembira di akaun Instagram, pelakon filem Gol dan Gincu itu berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan buat bayi dan dirinya serta selamat menjalani fasa berpantang. “Alhamdulillah, syukur keluarga kecil kami bertambah lagi dengan kehadiran puteri sulung kami.
Katanya “Terima kasih semua yang doakan untuk saya dan bayi. Syukur semuanya selamat, lancar dan sihat. “Doakan proses berpantang saya pula ya? Semoga dipermudahkan, ya Allah perkenankanlah,” katanya. Terdahulu Raja Farah selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang belum dikongsikan lagi namanya seberat 2.81 kilogram. Sebagai informasi, Raja Farah berkahwin dengan pilihan hati iaitu Iskandar Ismail pada 6 September 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini terdahulu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Imran Iskandar dan Ilham Iskandar. Sumber: Utusan
Raja Farah anggap selesai, enggan panjangkan isu. Kuala Lumpur: Pelakon Raja Farah mengakui jiwanya terganggu ekoran penularan video perkongsian cerita aksi rogol oleh Fauzi Nawawi dalam filem Anak Halal menerusi sebuah program bual bicara, baru-baru ini. Raja Farah, 33, atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz ketika dihubungi berkata, suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria banyak memberikan sokongan. “Jiwa saya agak tak stabil tapi saya sudah okay sekarang. Suami banyak bagi sokongan. Saya juga buat saja semua aktiviti harian saya. Insya-Allah,” katanya kepada Harian MetBagaimanapun, dia tidak menerima permohonan maaf secara peribadi daripada pengacara program berkenaan yang juga pelakon Khir Rahman walaupun perkara itu sudah dibuat di Instagram.
Katanya “Sejujurnya, saya tak ada terima sebarang permohonan maaf daripada abang Khir, tapi saya tengok dia ada cuba cari nombor telefon saya. Namun, dia tidak ada DM atau apa-apa. Hanya daripada abang Fauzi dan isterinya saja. Kalau abang Fauzi, dia ada DM saya dan muat naik di Instagram juga. Bagi saya, lebih baik mohon maaf terus kepada saya,” katanya. Menurut Raja Farah, dia juga tidak mahu lagi memanjangkan isu berkenaan dan menganggap semuanya sudah selesai. “Sebenarnya saya tak ada nak komen sangat. Ini kerana secara asasnya perkara ini sudah selesai. Cuma, sudah tentu saya harap sangat perkara seperti ini tidak terjadi lagi kepada sesiapa. Saya harap semua pihak yang terbabit dalam mana-mana program bual bicara akan lebih sensitif dalam menghasilkan apa-apa kandungan,” katanya.
Terdahulu, Raja Farah juga pelakon filem Anak Halal yang ditayangkan pada 2007 mengakui berasa malu dan tidak dihormati sebagai seorang wanita dan isteri apabila beberapa pelakon lelaki membicarakan pengalaman melakonkan watak jahat merangkumi babak rogol dengan salah seorang menyebut namanya. Menurut Farah, perkara itu tidak sepatutnya diutarakan kerana ia ternyata memberi kesan kepadanya selain dianggap membuka aib.
Katanya “Saya sangat terkesan. Terasa dibuka aib dan rasa seperti tidak dihormati. Sebagai seorang isteri, tentunya saya akan pergi kepada suami untuk bertanyakan pendapat kerana begitu ramai yang minta saya respons terhadap isu ini. “Saya pun tak nak ada perbalahan. Jangan pula ada pihak yang mahu memburukkan keadaan. Saya dan suami berlapang dada. Mungkin pihak yang berkata-kata itu boleh buat permohonan maaf walau tak secara terbuka pun tak apa. Normal kita sebagai manusia ada tersalah kata dan sebagainya. Harap boleh diselesaikan. Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin,” katanya. Sumber, harian metro