RAMAI pemilik kucing menganggap haiwan comel itu seperti ‘ahli keluarga’ sendiri. Maka tidak hairanlah kenapa ramai pencinta haiwan memilih untuk membela kucing di dalam kediaman mereka. Di laman Facebook, seorang individu membuat perkongsian mengenai kunjungannya ke kediaman seorang pemilik kucing, baru-baru ini. Menurut pemuda dikenali sebagai Hanafi Azizi, dia mengakui tidak selesa apabila kedatangannya ‘disambut’ dengan bau yang kurang enak.
“Kisah bertandang ke rumah pemelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Saya juga suka kucing, tapi saya rasa cara manusia mengurus kucing banyak yang perlu diperbaiki untuk elak masalah. Masuk saja ke rumah, Nauzubillah. Kuatnya bau hancing kucing. Dalam hati saya tertanya, macam mana semua ahli rumah ni boleh bernafas dengan bau hancing begini? Tak segan ke dengan tetamu-tetamu datang ke rumah yang dijamu dengan bau demikian?” ujarnya menerusi hantaran di grup B40 Buat Perangai Apa Harini.
Menurut Hanafi, dia juga bimbang sekiranya najis kucing yang tidak dibersihkan dengan betul akan melekat pada pakaian, yang boleh menjejaskan ibadahnya. “Bukan masalah saya? Saya duduk saja di kerusi, saya terhidu bau hancing pada kerusi. Saya diam tapi muka terpancar rasa kurang selesa. “Agaknya macam mana kalau najis-najis kucing tu melekat pada pakaian saya kemudian saya pergi solat? Sah ke?
Macam mana kalau ahli-ahli rumah ni yang dah berwuduk nak solat tapi sebelum sampai ke bilik, terpijak sisa najis kecil kucing? Adakah sah solatnya?” soalnya lagi. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, antara syarat sah solat mestilah suci daripada najis badan, pakaian dan tempat solatnya. Di ruangan komen, ramai warganet yang turut bersetuju dengan pandangan Hanafi dan menggesa pemilik kucing agar lebih peka terhadap soal kebersihan.
Malah, seorang individu turut berkongsi pengalamannya yang tidak berselera untuk menjamu juadah di rumah terbuka kerana kediaman pemilik yang berbau najis kucing. “Hidung dia dah lali dah dengan bau tu. Sampai tak boleh beza. Agaknya kalau bagi tahi kucing dengan asam jawa pun tak boleh nak bezakan. “Saya pernah datang open house yang bau najis dan air kencing meow, memang tak ada selera nak telan laksa.
“Masuk muka pintu pun dah bau kalau rumah pencinta kucing B40,” tulis beberapa warganet. Dalam pada itu, segelintir pengguna Facebook turut menegur perkongsian tersebut yang dianggap membuka aib tuan rumah. “Masalah rumah orang bukan urusan kita. Butakan mata seolah-olah kau tidak melihat apa yang kau nampak dan bisukan mulut untuk mengelakkan dari kau berbicara tentang hal-hal dalam rumah orang lain. Kerana ia bukan urusan kita.
“Orang lama kata masuk rumah org butakan mata, keluar rumah orang bisukan mulut,” komen warganet. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.