Seorang wanita yang mengaku dirinya kekasih kepada pelakon sensasi, Aliff Aziz mendakwa aktres Ruhainies telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella Astillah. Menerusi pendedahan di Instagram, wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendakwa dia mempunyai bukti perbualan perancangan yang dilakukan oleh Aliff dan Ruhainies. Dakwanya, Ruhainies juga telah mengatur segala perkara termasuk mengupah peguam dan pengawal peribadi untuk memastikan Bella ‘tersungkur’.
Dalam pada itu, wanita berkenaan turut memohon maaf kepada Bella Astillah di atas khilafnya kerana menjadi kekasih gelap kepada Aliff sejak Januari lalu. Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi topik bualan hangat wargamaya susulan kes ditangkap berkhalwat dengan aktor dan penyanyi, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu kota. Dua selebriti itu kemudian menerima kecaman hebat orang ramai selepas mereka memuat naik sebuah kenyataan bagi menjelaskan kronologi sebenar yang berlaku.
Rentetan itu, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah nekad memfailkan perpisahan terhadap suaminya. Bagaimanapun aktor itu enggan melafazkan talak dengan alasan masih sayang rumah tangga mereka. Mahkamah kemudian menetapkan satu tarikh baharu bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk pasangan tersebut.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.