Pelakon Chacha Maembong tampil mempertahankan dirinya selepas namanya terpalit dalam perbualan mesej WhatsApp dipercayai diantara Ruhainies dan Aliff Aziz yang mula tersebar di laman sosial sejak semalam. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Rohani Ismail, dia memberitahu berada di lokasi sama ketika sesi panggilan video yang dibuat Ruhainies tanpa masuk campur dalam urusan mereka. Klik sini untuk lihat video.
“Pertama sekali saya tak rapat pun dengan Ruhainies tu, tak pernah keluar makan bersama atau berWhatsApp. Saya pernah bekerja dengan dia sekali sahaja itupun drama dah lama, after that jumpa kat event hanya ‘hai-hai dan bye-bye’. Kejadian berlaku bermula macam ni, tengah video call dan video call tu diberikan kepada saya dan bukan saya yang nak cakap dengan dia. Kemudiannya, apa saya cakap, saya tak tahu pasal korang apa dan tak nak tahu pasal korang atau gosip yang berkaitan. Apa saya tahu di media sosial sahaja, saya baca dari situ. Itu saja,” katanya.
Jelas Chacha lagi, dia berjumpa dengan Bella Astillah ketika mempromosikan StarVendors pada bulan lalu namun, tidak pernah bertanya mengenai konflik dalam rumahtangganya. “Itu saya beritahu Anies (Ruhainies), saya tak ambil port pasal dorang. Kemudiannya, saya cakap ada jumpa Bella pada promosi Starvendor dan saya nampak Bella macam tengah ada problem. Itu sahaja. Kita habiskan perbualan di situ. Tiba-tiba keluar statement saya nak cakap dengan dia, kata jangan percaya gosip bodoh dan lain-lain, kata Bella try so hard menangis depan saya. Saya tak cakap pun.
Saya agak pelik, kenapa timbul nama saya, sedangkan saya tak ada kena mengena,” tegasnya. Difahamkan, Chacha telah berhubung dengan Ruhainies untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu tersebut dan dakwa Ruhainies telefon Aliff Aziz telah digodam. “Saya terus WhatsApp Ruhainies pasal nama saya viral tengah dipetik. Dia cuma reply; “babe, ni minah tu ambil phone Aliff. Saya tanya balik; ‘Still kenapa nak mesej Aliff, petik nama I? Tambah ‘bunga’ lagi tu? Itu yang tak best tu.’
Jawab Ruhainies; ‘Itu adalah conversation between me dan Aliff, I tak tahu pula minah tu nak hacked handphone dia macam tu. You faham tak? Itukan benda lama yang kita jumpa, kita video call tu lepas kita cakap dengan Emma tu. Itu perbualan I dengan Aliff,” demikian kata Ruhainies menerusi kiriman mesej suara kepada Chacha. Memandangkan perkara yang tersebar adalah fitnah, Chacha menegaskan dia tidak pernah mengutuk Bella dan meminta Ruhainies untuk membersihkan namanya.
Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila tularnya tangkap layar perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies yang disebarkan oleh wanita yang mengaku kekasih aktor berkenaan iaitu Sarah Yasmine. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.