Korang mesti pernah dengar atau alami bahawa ada sebahagian masjid yang melarang jemaah tidur di dalam masjid. Sebahagian masjid yang melarang sesiapa sahaja tidur di dalam masjid atas alasan demi menjaga kebersihan dan keamanan untuk jemaah lain yang sedang beribadah. Namun, pendekatan yang digunakan oleh pihak masjid ini bukan sahaja meraih perhatian, bahkan turut mendapat pujian ramai. Klik sini untuk lihat video.
Menerusi video tular baru-baru ini, memaparkan beberapa jemaah sedang melakukan urusan masing-masing di dalam sebuah masjid. Dalam video itu, muncul kelibat seorang lelaki yang dipercayai AJK masjid sedang memegang beberapa biji bantal dan kemudian menghulurkan bantal itu kepada para jemaah yang sedang baring dalam ruang solat masjid. Jemaah yang menerima bantal yang diberikan membetulkan kedudukan dan kembali meneruskan rehat mereka.
Difahamkan, situasi itu berlaku di Masjid Sejuta Pemuda sekitar bandar Sukabumi di Jawa Barat, Indonesia. Menjengah ke ruangan komen, warganet memuji tindakan pihak masjid berkenaan yang memberi keselesaan kepada para jemaah yang sedang berehat. Dalam pada itu, netizen juga berpendapat perkara sebegini seharusnya dijadikan contoh buat masjid-masjid yang lain. Namun, ada juga menasihati jemaah yang mahu tidur di dalam masjid untuk melapik tempat baring itu terlebih dahulu untuk mengelakkan peluh pada karpet.
Menurut seorang individu, Imam al-Syafie dalam kitab al-Umm menyatakan boleh dan tidak makruh sekiranya seseorang itu tidur di dalam masjid. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.