Tumpuan media dan warganet ketika ini adalah kepada isu curang yang menjadi punca kepada keretakan rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah. Kemelut rumah tangga itu menjadi lebih rumit apabila ‘kekasih gelap’ Aliff iaitu Sarah Yasmine tampil membuat pendedahan. Menerusi temu bual di Melodi, pelakon Puteri Sarah Liyana berkata dia melihat kontroversi yang melanda industri hiburan ketika ini sangat membimbangkan dan ianya perlu dihentikan.
“Pada pandangan saya, benda ini dah jadi ‘chaos’, jadi sudah tiba masanya untuk ‘wrap it up’. Kalau tidak makin tak tenang warganet dan kita. Dah huru hara dan makin banyak karakter.” Dalam masa yang sama, aktres berusia 38 tahun ini sempat menitipkan nasihat buat Bella agar dia terus melakar nama dalam kerjayanya tanpa mengabaikan keperluan dan kebahagiaan anak-anak.
“Yang saya nampak Bella dah move on. Teruskan apa yang dia buat, fly high..dah good enough dah. Sebab kita kena jaga mental health kita juga dan sebagai ibu kepada dua orang anak, kita tak boleh down. Anak-anak kita bergantung kepada kita. Kita kena kuat untuk anak-anak kita.” Terdahulu, Bella mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.
Bella kemudian memfailkan untuk berpisah pada 13 Mac lalu selepas Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhlwt di sebuah kondominium mewah. Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial. Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.