Penyanyi Datin Alyah naik angin apabila sebuah kedai beraneka tidak menyediakan beg plastik kepada dirinya selepas memberi barangan di situ. Alyah dalam satu hantaran di Instagram berkata, ketiadaan beg plastik itu telah menyukarkan dia untuk membawa barangan yang dibeli keluar daripada premis tersebut. Pelatun lagu Kisah Hati itu turut tidak berpuas hati apabila makluman tersebut didakwa telah diberitahu oleh jurujual dengan cara menyombong kepadanya.
“Bila kau pergi kedai 99Mart Gelang Patah then depa kata tak ada plastik. Habis yang aku beli barang ceretet-ceretet ni nak bawa macam mana ya? Baik kau jangan buka kedai. Kalau dah plastic bag pun tak ada. Kata casher yang menyombong tu dah setahun tak ada plastic bag. Buat naik angin aku je hari ni,” tulisnya pada video pendek yang dikongsi.
Sementara itu, pemilik nama Noor Hasliah Abu Hasan turut bercerita situasinya sewaktu membeli aiskrim mangkuk di kedai dan cara layanan yang sama. Dakwanya, pekerja di situ menyuruh dirinya mencari sudu aiskrim sendiri selepas ditanya secara baik. “Dah lah plastic bag tak ada. Aku beli ice cream mangkuk tak ada sudu. Bila minta sudu dia bagi 1 mangkuk chopstick supaya aku sepit kepala dia ke apa? Dah lah tu dia suruh aku cari sudu ice cream tu sendiri then bila kita kata dik tak ada sudu ni. Casher dia buat bodoh sambil jawab dah habis.
Dah tahu sudu ice cream tu habis yang kau jual tu kenapa? Kau ingat semua orang makan ice cream ni makan kat umah ke apa?,” dakwa Alyah lagi. Apa yang membuatkan dia bertambah kesal apabila jurujual tersebut memaklumkan pengurus di kedai tersebut mengajarnya untuk tidak melayan permintaan pelanggan. “Bila kita naik angin kat dia senang je jawab manager kata jgn layan. Hello 99 mart Gelang Patah baik tutup je. Pekerja korang pun menyombong macam kita minta dia duit pula. Walhal kita yang bagi duit kat dia orang,” tulisnya lagi.
Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet dan mereka meninggalkan komen berbaur kecaman dengan meminta penyanyi berusia 43 tahun itu sentiasa membawa beg beli-belah tanpa mengharapkan beg plastik di kedai.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.