Pempengaruh, Caprice titip pesan ke Puteri Sarah Liyana susulan tidak dapat membantu menyelesaikan masalah berkaitan tindakan seorang individu yang menghina pelakon itu di media sosial. Menerusi posting yang dibuat Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, dia sudah tidak mahu mengulas kes-kes berkaitan selebriti kerana serik dengan apa yang berlaku sebelum ini. “Minta maaf guys kaunter artis dah tutup. Kalau kes bli, gangguan se**ual, jenayah kanak-kanak2, scams, kes2 orang dianiaya, insyaAllah kami sentiasa ade untuk siasat, bongkar, ulas, dan bantu,” tulisnya.
Perkongsian tersebut nampaknya dilihat oleh Puteri Sarah Liyana dengan mengatakan tidak mengapa Caprice tidak dapat membantu memandangkan dia boleh sahaja mengendalikan masalah tersebut sendiri. Ujarnya, tidak susah mana untuk mencari individu yang tinggalkan komen menghina terhadapnya dengan menggelar Puteri Sarah serta Bella Astillah sebagai ‘geng secondhand’ kerana sudah pun mendapat butiran peribadi lelaki tersebut.
Susulan daripada itu, Caprice telah memberikan sedikit nasihat kepada Puteri Sarah berharap agar masalah tersebut tidak sehingga perlu melutut seperti kes yang terjadi baru-baru ini. Perkongsian pempengaruh terbabit sudah tentu membuatkan ramai terhibur kerana mengenangkan isu ‘melutut’ melibatkan Caprice, isterinya dan seorang pemuda menjadi buah mulut ramai sejak minggu lalu. Terdahulu, Puteri Sarah meluahkan rasa kesal apabila ada pihak menghinanya dengan gelarang yang cukup biadap di media sosial.
Selepas akaun media sosial serta butiran diri dapat dikesan pelakon terbabit, individu berkenaan telah ‘hilang’ dari platform digital untuk beberapa minggu, namun kembali muncul sekitar awal minggu tempoh hari dengan menempel mengulas isu wanita lain di platform X. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.