PENGORBANANÂ seorang anak demi melihat ibunya yang sakit sembuh seperti sedia kala meraih perhatian ramai. Naazrie Ali atau Naaz, sanggup ‘melepaskan’ motosikal jenama Yamaha Y15 miliknya yang baru dibeli pada tahun lalu untuk menampung kos rawatan ibunya. Menurut pemuda berusia 22 tahun itu, ibunya memerlukan RM15,000 untuk melakukan operasi membuang benjolan lemak yang tumbuh dalam kulit atau dikenali sebagai lipoma.
“Saya merupakan seorang runner yang bekerja hantar barang. Tapi saya terpaksa jual motosikal kesayangan yang saya guna untuk kerja ni demi cukupkan kos operasi ibu. Buat masa sekarang duit yang terkumpul ada sekitar RM6,000. Jadi ini saja jalan yang saya nampak boleh dapatkan duit segera,” ujarnya ketika dihubungi. Sebelum ini, rakaman video menunjukkan Naaz sedang duduk sambil merenung motosikalnya sebelum dijual meraih perhatian netizen selepas dikongsikan di TikTok.
Rata-rata warganet bersimpati malah berhasrat untuk menyalurkan sumbangan kepadanya selepas melihat video tersebut. Tambah Naaz, pada Isnin dia akan membawa ibunya ke hospital untuk membuat pemeriksaan MRI (magnetic resonance imaging) dan seterusnya mendapatkan tarikh operasi. Bagaimanapun, Naaz dengan rasa rendah diri menolak sumbangan atau derma daripada orang ramai kerana mempunyai alasannya sendiri. “Saya memang tak buka atau minta sumbangan daripada sesiapa. Bagi saya masih ramai lagi orang di luar sana lebih layak dan sepatutnya terima bantuan.
“Saya anggap semua ini ujian untuk saya. Saya masih boleh lagi usahakan sendiri. Saya baru saja nak menggunakan akaun TikTok sepenuhnya. Saya bercadang nak jana pendapatan menggunakan akaun TikTok. Semoga ramai yang akan support perniagaan saya,” jelasnya yang berasal dari Sabah. Dalam pada itu Naaz turut mengakui keadaan kewangannya tidak begitu stabil pada masa ini. Bapanya merupakan seorang buruh binaan yang mempunyai pendapatan tidak tetap.
Menurut anak keempat daripada tujuh adik beradik itu, motosikal tersebut bakal dijual kepada rakannya pada harga RM4,000. “Motosikal tu sudah ada orang nak beli iaitu kawan saya sendiri. Jadi saya akan jual dekat dia. “Tapi saya cuma cagarkan saja dulu motosikal tu. Insya-Allah kalau ada rezeki nanti saya nak ambil semula. Semestinya saya sayang sangat motosikal tu. Saya baru saja guna setahun lebih. Tapi apakan daya, saya lebih sayangkan ibu lagi,” ujarnya lagi.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.