Aktres Amyra Rosli malas ‘check’ telefon suami dan tidak pernah tahu kata laluan telefon pasangannya yang juga aktor, Amar Baharin. Menurutnya, dia berbuat demikian bagi menghormati privasi suaminya bagi mengelakkan sebarang isu timbul dalam rumah tangganya. Akui pelakon jelita berusia 33 tahun, dia enggan memeriksa telefon suaminya, selain mahu memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya menjaga anak-anak dan rumah tangga.
“Saya malas nak ‘check’ telefon suami kerana tidak mahu timbul isu yang tidak sepatutnya nanti. Sebagai isteri, saya juga ada tanggung jawab besar untuk menjaga anak-anak dan rumah tangga,” katanya. Dalam pada itu, pengacara Nona itu berkata dia menjadikan apa yang berlaku dalam rumah tangga selebriti lain sebagai pengajaran buat dirinya. Dia bagaimanapun akan berusaha sebaik mungkin untuk menjaga dan mempertahankan rumah tangga yang dibina seandainya berdepan dengan isu berbangkit bersama suami.
“Hidup kita singkat dan saya tidak mahu pening kepala untuk memikirkan masalah rumah tangga orang lain. Sebagai manusia, kalau kita halang macam mana pun (isu rumah tangga) kalau benda tu nak jadi, ia akan tetap terjadi juga. Saya sendiri berusaha untuk menjaga rumah tangga dengan sehabis baik dan selebihnya kita berdoa dan mohon pertolongan dengan Allah,” katanya lagi.
Disoal mengenai isu penyondol, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia tetap akan menyalahkan lelaki (suami) seandainya ia berlaku dalam rumah tangganya. “Saya tidak salahkan penyondol (wanita) kerana perkara itu tidak akan berlaku jika lelaki (suami) tidak melayan. Kita juga tidak kenal dengan penyondol itu kerana dia orang luar, jadi pihak lelaki yang perlu dipersalahkan,”ujar Amyra Rosli.
Amyra juga mengulas mengenai sikap segelintir selebriti yang suka meluahkan masalah rumah tangga di media sosial. Menurutnya, mereka berkemungkinan tiada tempat untuk berkongsi masalah rumah tangga. Namun, tida bagi dirinya yang memilih untuk duduk berbincang bersama suami. “Kami memilih untuk berbincang dan selesaikan masalah kami sendiri. Kalau nak bergaduh pun gaduhlah kerana yang penting dapat melepaskan segala kemarahan dan rasa tidak puas hati itu,”jelasnya.
Sekadar info, Amyra atau nama penuhnya Nur Amira Izzati Roslidan mendirikan rumah tangga dengan aktor, Amar Baharin berkahwin pada 11 November 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.