Tular di media sosial apabila ada warganet mendakwa penyanyi Adira lnggr iddah iaitu keluar rumah selepas sah berpisah talak satu dengan usahawan, Datuk Seri Adnan Abu. Tidak berdiam diri, bekas suami Adira iaitu Adnan atau lebih dikenali Datuk Red tampil bersuara dan mempertahankan penyanyi kelahiran Ranau, Sabah itu. Datuk Red berkata, bekas isterinya tidak melnggr iddah dan mempunyai alasan yang kukuh iaitu keluar rumah bagi mencari rezeki untuk menyara keluarga.
Malah, Adira juga mempunyai komitmen bulanan yang tinggi yang perlu ditanggung termasuk menyara ibu di kampung dan para pekerja di syarikatnya. “Komitmen Adira sangat tinggi, kena bayar rumah, bayar kereta, ada orang gaji dua orang, sara ibu di kampung. Dia juga ada syarikat yang mempunyai staf. Kalau harapkan saya punya jualan dan nafkah memang tak cukup. Jadi, nak tak nak dia kena kerja, dia pun ada syarikat, ada pekerja yang semua mengharapkan pada dia.” jelasnya.
Beliau bagaimanapun mengakui perbuatan tersebut salah tetapi menegaskan tindakan Adira adalah untuk mencari rezeki semata-mata. Malah, usahawan ini turut mendedahkan bahawa bekas isterinya sering berkongsi lokasi dengannya jika keluar dari rumah. “Yang bagusnya Adira ini, dia keluar rumah walaupun pergi ke kedai di hadapan rumah pun dia akan hantar ‘live location’ kepada saya. Apa pergerakan dia saya tahu dan izinkan. Niat dia hanya cari rezeki. Kalau pergi ke ‘show’ pun, dia akan terus balik rumah. Tidak ada jumpa kawan untuk berseronok,” jelas Datuk Red. Datuk Red ketika ditemu bual berkata, dia meminta orang ramai untuk berhenti mengkritik bekas isterinya.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.