PELAKON Datin Intan Najuwa mengambil keputusan untuk memperlahankan kerjaya seni atas permintaan suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman. Kata Intan, 27, permintaan tersebut dibuat oleh suaminya kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama di rumah. “Malangnya saya tak akan buat apa-apa pengambaran untuk tahun ini, suami saya meminta saya untuk berehat sekejap. Suami saya sangat manjakan saya dan nampaknya macam dia suka saya duduk rumah,” katanya dalam satu hantaran di InstaStory.
Jelasnya, fokus utama kini tertumpu kepada perniagaan dan perkahwinannya yang hampir menginjak usia setahun. Malah, rutin hariannya kini berubah sepenuhnya kerana tidak lagi berdepan kesibukan di set pengambaran. “Buat masa sekarang saya hanya fokus untuk bisnes dan rumah tangga saya. Rutin harian saya hanya tidur, memasak, makan, bersenam, sesi kopi dan beli belah. Sangat productive!” jelasnya. Untuk rekod, Intan sah bergelar isteri kepada Azraf dengan sekali lafaz yang diadakan di sebuah resort mewah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.