Seorang staf agensi agama luah rasa pelik apabila melihat gelagat selebriti yang tersenyum lebar dan gembira ketika hadir ke mahkamah atas pertuduhan berkhlwt. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh staf yang dikenali sebagai Ajak, dia pertama kali melihat situasi itu sepanjang lebih 10 tahun berkhidmat di agensi agama.
Ujarnya lagi, Ajak seakan tidak boleh terima alasan yang diberikan oleh artis tersebut yang mengukir senyuman disebabkan gembira berjumpa dengan rakan media di mahkamah. “Sepanjang berkhidmat di agensi agama lebih 10 tahun belum pernah lagi saya melihat kes tangkapan khalwat melibatkan pasangan apabila didakwa di mahkamah dia dalam keadaan senyum dan seronok. Seronok berjumpa dengan kawan-kawan media katanya sampai lupa ini kes tangkapan khlwt,” katanya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhlwt di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu. Bukan itu sahaja, Ruhanies turut dikritik ramai kerana tidak sensitif dengan dakwaan tersebut apabila dia dilihat tersenyum lebar ketika menghadiri ke mahkamah. Ujar Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dia tidak pandai berpura-pura atau berlakon sengaja menangis di hadapan kamera.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.