Kecewa dalam percintaan antara faktor pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah menyepi dalam karier seni kira-kira tiga tahun yang lalu. Memetik laporan Harian Metro, Nonny berkata, dia tidak berhasrat meninggalkan industri hiburan yang pernah disertainya secara aktif sejak 2007 lalu. “Saya sekarang sihat-sihat saja dan ingin kembali aktif dalam bidang seni sebab tiada istilah rehat atau ‘direhatkan’ pun selama saya menyepi sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Cuma, perkara berlaku secara tidak langsung. Selama itu (tiga tahun), saya banyak menyendiri dalam dunia seni dan tak campur dengan orang. Sekarang barulah terbuka hati (keluar) sebab ada tawaran menyanyi juga.” Tambah Nonny, dia berasa sukar untuk berkongsi cerita mengenai apa yang terjadi kepadanya selama ini kerana terlalu peribadi.
Terdahulu, Nonny mengakui dia tidak mempunyai pegangan iman yang kuat namun tidak pernah terlintas untuk membangkitkan kontroversi setiap kali membuat kemunculan selepas menghilangkan diri. Disoal mengenai tingkah laku di media sosial sejak kebelakangan ini, Nonny secara ringkas menjawab, semua yang dilakukan olehnya pada waktu itu mempunyai sebab.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.