9 tahun berdiam diri dan tak melawan, video terbaru Adira Suhaimi jadi perhatian warganet

Perkongsian terkini penyanyi, Adira Suhaimi mencetus persoalan ramai apabila dia seakan menyindir seseorang individu. Menerusi muat naik di platform TikTok, Adira berkata dia tidak melwn dan hanya berdiam diri selama sembilan tahun. “Kalau selama sembilan tahun Ami (panggilan Adira) boleh tak melawan, Ami boleh senyap… takkan sekarang ni tak boleh… fahamkan yang tahu je tahu,” tulisnya berserta tanda pagar #lali. Klik sini untuk lihat video.

Sementara itu, pelantun lagu popular Ilusi ini turut memberi pesanan kepada individu tersebut untuk mengambil kesempatan selagi masanya ada. “Ambillah kesempatan, selagi masih boleh. Ajak ramai-ramai,” sinisnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan pesanan kepada Adira untuk terus positif dan kuat semangat. Dalam masa yang sama, Adira menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya pula menitipkan nasihat untuk terus berfikir positif.

“Percayalah, ketika kamu selalu berfikir positif, enjoy, dan selalu berprasangka baik. Maka hal baik akan lebih mudah datang kedalam hidupmu,” katanya berserta tanda pagar #bukanorangbaiktapibukanjugaorangjahat. Bagaimanapun, Adira tidak menjelaskan maksud sebenar disebalik mesej tersiratnya itu di kedua-dua status tersebut. Sebelum ini, bekas isteri pertama usahawan, Datuk Red iaitu Sharifah Norshafila Hashim memuat naik video mengemas pakaian-pakaian bekas suaminya meraih perhatian ramai.

Dalam pada itu, Datuk Red meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Adira pada Aidilfitri tahun hadapan. Sekadar info, Adira dan Datuk Red bercerai talak satu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga pada 24 April lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.