Selebriti terkenal, Neelofa tak buru gelaran Datuk dan menganggap pangkat bukanlah satu kepentingan buatnya lebih-lebih lagi di dunia. Memetik laporan dari Media Hiburan, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 35, menyatakan bukan pangkat atau status yang dikejar olehnya kerana memberi sumbangan balik kepada masyarakat lebih menjadi keutamaan memandangkan mereka cukup setia memberikan sokongan dalam kerjaya seni serta perniagaan yang diusahakan.
“Sejujurnya gelaran Datuk bukan sesuatu yang saya buru kerana, paling utama adalah bagaimana saya meletakkan diri dan memberi inspirasi kepada khalayak secara fizikal mahupun atas talian. Paling penting juga adalah saya mampu memberi semula sesuatu kepada masyarakat dengan cara lebih baik. Gelaran atau status itu tidak mengapalah, tak dapat pun tidak apa. Bukan saya tidak menghargai tetapi nantilah, tidak mengapa semua itu. Belum lagi,” katanya.
Jelas isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz itu lagi, dia sangat bersyukur kerana dihargai peminat yang tidak pernah berhenti mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga sehingga ke hari ini. Ujarnya, disayangi oleh peminat dan warganet di luar sana merupakan salah satu rezeki terbesar dalam kehidupannya. “Saya hargai dan terharu dengan segala komen peminat dan warganet. Suami saya pun banyak nasihat saya supaya selalu bersyukur sebab masih disokong dan disayangi ramai orang. Bagi saya, itu rezeki yang paling besar,” ujarnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian daripada warganet yang merasakan memang dia layak menerima gelaran tersebut melihat daripada kejayaan serta inspirasi yang ditunjukkan dalam kalangan masyarakat. Terdahulu, beberapa nama turut disebut-sebut layak mendapat gelaran Datuk termasuklah Neelofa. Hal ini susulan sumbangan mereka kepada masyarakat seperti memberikan inspirasi kepada orang ramai menerusi kejayaan demi kejayaan serta perkara-perkara positif yang ditunjukkan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.