Amalkan IF dan bersenam empat kali seminggu, rupanya ini punca Lisa Surihani nekad nak turunkan berat badan

PELAKON Datin Lisa Surihani sedang dalam misi menurunkan berat badan dengan melakukan senaman di gim selain mengamalkan intermittent fasting (IF) sejak sebulan lalu. Bukan hanya sekadar mendapatkan berat badan ideal, Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 38, memberitahu dia mahu menjaga kesihatan agar mampu melakukan ibadah dengan sempurna. Tidak hanya itu, Lisa mahu kekal sihat agar tidak menyusahkan anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

“Saya amalkan bersenam di gim sebanyak empat kali seminggu dan lakukan intermittent fasting sejak sebulan lalu. Niat saya adalah untuk sihat, kuat dan nanti bila sudah berumur tidak menyusahkan anak-anak. Bila ada kekuatan dapat jalankan ibadah dengan baik,” katanya. Lisa berkongsi perkara itu menerusi video siaran langsung di TikTok miliknya pada Khamis. Berkongsi misi menurunkan berat badan, Lisa bersyukur apabila rakan-rakan di gim banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar kepadanya.

Malah dia kagum ada di antara mereka yang tetap mengingatkannya agar tidak lupa berzikir walaupun sedang bersenam. “Saya bersyukur sebab gim saya pergi ada rakan-rakan wanita yang sangat memberikan sokongan kepada saya. Mereka juga selalu ingatkan saya pada Allah seperti sambil bersenam kita sebenarnya boleh berzikir. Jadi saya sangat kagum dengan perkara itu tapi ia juga bergantung pada jenis senaman,” jelasnya.

Untuk rekod, Lisa mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim, 51, pada 23 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 9, Yusof Leonne, 7 dan Yunos Laith, 3 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.