IBU kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi petikan ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai melarang anak-anak daripada berjumpa dengan kedua ibu bapa mereka. Berkongsi pandangannya, Hafiza atau Siti Hafiza Basharahil, berkata anak-anak tidak seharusnya dijadikan sebagai alat untuk kepentingan diri sendiri. Malah Hafiza berpendapat perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri juga tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memisahkan anak-anak dengan ibu bapa mereka.
“Talak itu adalah antara pasangan dan bukan antara anak-anak dengan orang tuanya. Usah menggunakan anak-anak sebagai senjata untuk memuaskan hati sendiri walau apa pun alasannya. Semoga Allah mudahkan urusan kami sekeluarga,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Jumaat. Pada Khamis, pelakon dan penyanyi Bella Astillah memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri untuk tidak membenarkan keluarga bekas suaminya berhubung dengan anak-anaknya.
Kata Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, dia tidak berniat memutuskan ikatan silaturahim kekeluargaan di antara anak-anak dan keluarga di Singapura namun sedang menanti waktu bersesuaian. Sebelum ini, Aliff, 33, dan Hafiza ada memuat naik beberapa hantaran di media sosial mengenai kerinduan mereka terhadap Ayden dan Ara.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berpisah talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Selepas melafazkan talak, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anaknya iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.