Ramai yang kata membazir hantar ank sekolah swasta, sekali Fatin Afeefa tayang keputusan pepriksaan anak

USAHA pelakon Fatin Afeefa menghantar anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia ke sekolah swasta akhirnya berbaloi apabila kanak-kanak itu berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudi, 29, berkata, sebelum ini ada segelintir individu yang berpendapat tindakan menghantar anak ke sekolah swasta adalah satu pembaziran namun Ivy berjaya mendapat keputusan cemerlang 11 A.

“Sekolah mana-mana sama sahaja, mengada saja nak belajar di sekolah swasta. Tuisyen semua membazir. Terbaik Ivy, salam 11A 1 B,” katanya. Fatin berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Menerusi hantaran tersebut, Fatin turut memuat naik slip keputusan peperiksaan anaknya yang mengambil 12 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Arab, Konstruk Diniyyah, Feqah, Jawi, Sirah, Tajwid dan Tauhid.

Sebelum ini, Fatin menerusi siaran secara langsung di TikTok menafikan dakwaan tidak menghantar anak ke sekolah. Kata Fatin, dia mempunyai bukti pembayaran bagi kos pendidikan Ivy dengan membelanjakan RM40,000 untuk kemasukan ke sekolah antarabangsa. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.