NAMA pelakon Intan Najuwa menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial selepas tular video berpeluk dengan aktor, Aliff Aziz di pusat peranginan, Genting Highlands, Pahang. Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, memberitahu babak mesra itu dirakam semasa dia menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Jodohku Babysitter. Menurut Intan, kesemua kru produksi yang terlibat untuk drama berkenaan turut berada di set penggambaran ketika itu. “Kan tengah shooting, nampak tak kamera tengah rolling tu. “Semua orang dekat situ tengah shooting drama Jodohku Babysitter. Ingat apa nak peluk saja-saja ke, dah tak ada kerja sangat ke?” katanya. Intan Najuwa menjawab mengenai persoalan itu menerusi Instastory pada Khamis. Headline pun mengundang, Kenapa perlu nak sebar benda-benda negatif.
Sebelum itu, beberapa blog hiburan melaporkan mengenai video memperlihatkan aksi mesra Intan bersama Aliff Aziz. Ia mengundang rasa kurang senang segelintir warganet hingga ada menyelar tindakan aktres ini dilihat bermesra dengan suami kepada Bella Astillah itu. Sementara itu, Intan turut meminta blogger tidak menyebarkan berita tidak benar berhubung video berkenaan. “Headline pun mengundang, Kenapa perlu nak sebar benda-benda negatif,” soalnya. Jodohku Babysitter bersiaran di Astro merupakan karya adaptasi novel Nureen Ahmad. Selain Intan Najuwa dan Aliff Aziz, drama ini turut dibintangi oleh Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shohara, Yuna Rahim, Nina Juren, Isaac Iman dan Tasya Nazira. Apa Pendapat Anda, Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Mstar
Tular Video Aliff Aziz Mesra Dengan Iintan Najwa, Sekali Ini Pulak Komen Warganet. Tindakan seorang aktor dipercayai Aliff Aziz yang berpelukan dengan rakan artis, Intan Najuwa di kota keriangan Genting Highlands tular menerusi satu rakaman video di aplikasi TikTok. Seorang pengguna, @lovethv___ memuat naik video berdurasi 10 saat itu kelihatan kedua-dua pelakon tersebut mesra berpelukan sambil bersentuhan tangan antara satu sama lain. Bagaimanapun, difahamkan aksi mesra itu adalah sebahagian daripada penggambaran dijayakan oleh Aliff dan Intan yang bergandingan dalam drama terbaharu Jodohku Babysitter. Jika melihat pada ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik tindakan Aliff kerana menyangka aktor berusia 31 tahun itu sudah menjaga batas sejak menyertai aktiviti dakwah tahun lalu. Malah, segelintir warganet juga mempersoalkan sekiranya isteri Aliff iaitu Bella Astillah cemburu selepas melihat suaminya bermesra dengan pelakon lain. Namun begitu, ada individu menyifatkan bahawa ia merupakan cabaran sebagai pelakon selain mendoakan yang terbaik buat Aliff berbanding tinggalkan kritikan.
Sebelum ini menerusi laporan media, Aliff atau nama penuhnya Muhammad Aliff Aziz mengakui terbuka hati bagi melakukan penghijrahan dan masih belajar mendalami ilmu agama. Sumber, TikTok @lovethv___ , Instagram Aliff Aziz. Aliff Aziz nak guna wang kemenangan untuk perkara baik. Putrajaya: Sebahagian daripada wang tunai RM100,000 yang dimenangi Aliff Aziz sebagai juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi mungkin akan digunakan untuk aktiviti jemaah dakwah yang disertainya. Aliff ketika ditemui berkata, sudah tentu wang kemenangan itu akan digunakan untuk perkara yang baik-baik. “Saya sebenarnya tak fikir lagi dan masih belum hadam nak buat apa dengan wang kemenangan ini. Sebahagian akan diperuntukkan untuk keluarga di Singapura, di sini dan beberapa lagi perkara lain. Doakan semuanya lancar. Banyak lagi perancangan tapi belum boleh fikir lagi,” katanya yang turut membayangkan ia juga akan digunakan untuk aktiviti jemaah dakwahnya. Menerusi persembahan malam tadi, Aliff menyanyikan lagu Sampai Syurga dalam segmen solo, berduet dengan Hafiz Suip menerusi lagu Dealova dan tampil dengan lagu Bangun dalam segmen ‘battle’ bersama Aweera mendapat markah sebanyak 83.06.
Aliff berterima kasih kepada produksi GV8 dan Astro kerana membukakan peluang untuk dia dan peserta lain terbabit dalam program ini. “Saya bersyukur kerana dipermudahkan buat persembahan malam ini (tadi) dan berikan yang terbaik. Saya sematkan dalam hati ini persembahan terakhir saya dan kawan dalam GV8. Selepas ini takkan ada lagi. “Jadi, saya cuma berharap semua peminat terhibur dengan persembahan kami dan terima keputusan dengan hati terbuka dan berpuashati dengan pengorbanan yang diberikan oleh kami selama 10 minggu,” katanya. Aliff yang juga penyanyi Singapura menewaskan lima lagi peserta dalam program realiti popular itu. Tempat kedua dimenangi Nikki Palikat yang mengutip 81.26 markah dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi .
Tempat ketiga dan keempat menjadi milik Suki Low serta Adibah Noor dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM20,000 serta trofi. Sementara itu, Azan Scan dan Aweera masing-masing menduduki tempat kelima dan keenam dan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000 serta trofi. Selain itu, Aliff turut memenangi Anugerah Bintang Paling Power Meow secara automatik. Acara kemuncak GV8 yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang berlangsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menampilkan empat juri iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow.