Pelakon dan usahawan, Wak Doyok memaklumkan dia kini sedang dalam proses pemulihan akibat terkena gangguan sihir. Memetik laporan Berita Harian, Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata, kesihatannya merosot namun dia pada awalnya menyangka hanya sakit biasa. “Saya baru sahaja pulih daripada gangguan mistik. Saya kena santau angin. Bukan nak tuduh, tapi saya sudah banyak kali bertemu doktor, tapi makan ubat tetap tak pulih.
Jadi, saya buat rawatan alternatif. Saya pelik bila waktu Maghrib, saya batuk teruk. Tekak gatal, kering dan bila malam sahaja susah nak tidur. Alhamdulillah, kini saya sudah beransur pulih, cuma kena berpantang. Saya tak boleh makan makanan bercucuk.” Menurutnya, jelas dan nyata ciri-ciri gangguan yang dialaminya seperti terkena santau.
“Kuku akan jadi kebiru-biruan. Ia adalah ciri santau yang nyata. Sekarang saya masih pulihkan keadaan diri dan lindungi daripada sihir.” Meskipun tidak mengetahui siapa pelakunya, pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu sudah memaafkan orang tersebut. “Saya tidak tahu siapa yang hantar sihir, mungkin kenalan terdekat. Saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, jauh sekali nak berhutang. Saya berhutang dengan bank sahaja. Mungkin daripada mata dan percakapan pun boleh jadi sihir juga.
Saya terima dengan hati terbuka dan minta doa daripada emak. Saya juga berdoa agar pulih seperti sedia kala dan boleh bekerja untuk menampung keluarga. Untuk siapa yang buat, saya maafkan. Tapi, kena jawab dengan Allah atas perbuatannya.” Dalam pada itu, Wak mendedahkan rakan kongsinya juga terkena tempias perbuatan tidak bertanggungjawab berkenaan.
“Rakan kongsi ada terkena sedikit. Biasalah orang berniaga macam kami. Kalau buat jahat seperti merosakkan kereta atau langgar, mungkin orang nampak. Buat perkara ghaib tak nampak. Jadi, saya ikhtiar untuk pulih sahaja. Penat juga berulang-alik, tapi saya percaya ia tak boleh bawa mti. Saya usaha untuk pulih daripada berdiam diri tak buat apa, mungkin ia akan makan dalam. Bimbang juga jadi lebih parah.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.