Ramai yang tidak gemar memakai kaca mata kerana bagi sesetengah individu kaca mata hanya akan memberi impak negatif yang membuatkan rupa atau penampilan menjadi tidak menarik. Namun, seiring dengan teknologi perubatan kini yang semakin berkembang mengikut arus permodenan, industri perubatan telah menemui banyak solusi untuk mengembalikan penglihatan bagi induvidu yang rabun. Ini termasuklah rawatan surgeri laser seperti LASIK dan PRK yang ternyata berkesan dan hanya mengambil masa yang singkat bahkan tidak menyakitkan.
Walau bagaimanapun, tidak semuanya mampu menjalani rawatan surgeri laser ini kerana kosnya adalah tinggi memakan lebih RM3000 hingga RM7000. Oleh itu, sebagai orang yang beragama, kita perlu yakin bahawa setiap penyakit ada cara ubatinya. Kalau tidak, takkanlah orang dulu-dulu boleh sembuh meskipun tiada teknologi moden kan? Seperti yang dibincangkan dalam rancangan popular The Dr. Oz Show, kami kongsikan tiga cara untuk memulih di samping meningkatkan penglihatan dengan cara semula jadi. Orang yang tidak rabun pun boleh menggunakan cara-cara ini untuk mengekalkan kesihatan mata mereka!
Makan Untuk Penglihatan Yang Jelas. Pelihara mata anda melalui pemakanan! Mata memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik. Vitamin A,C, E dan mineral seperti zink adalah nutrien asas untuk mata. Makan banyak sayur berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning, labu, ubi keledek dan lobak merah kerana ia mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak keterjejasan yang disebabkan matahari. Tahukah anda bahawa kajian mendapati mengambil sayuran warna kuning dan hijau dapat mengelak sebarang penyakit yang boleh sebabkan mata buta.
Bawang putih, bawang besar dan bawang merah pula mengandungi kandungan sulfur yang akan memelihara pembentukan katarak pada mata. Beri biru, anggur secara tidak langsung mampu pulihkan penglihatan. DHA iaitu sejenis asid lemak yang ditemui dalam ikan air sejuk seperti salmon, sardin, makerel dan kod pula boleh menyokong sel untuk menyumbang kesihatan pada mata. Boleh juga Lakukan Senaman Mata. Senaman mata ringkas ini sekurang-kurangnya dapat mengekalkan penglihatan optimal. Lakukan senaman mata sejurus bangun tidur, sebelum tidur atau pada bila-bila masa ketika mata anda letih.
Tetapi pastikan jari anda bersih kerana mata mudah terkena jangkitan kuman. Lakukan setiap hari anda pasti dapat lihat kesannya dalam masa satu bulan! Gosokkan tapak tangan anda untuk menghasilkan haba panas. Tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambil mata ditutup selama 5 saat. Ulang sebanyak 3 kali. Pusingkan bebola mata anda. Mulakan dengan mata pandang ke atas dan dengan perlahan putarkan ia sebanyak 10 kali mengikut arah jam.
Pegang pen pada aras bahu di hadapan anda. Fokuskan pandangan mata pada pen tersebut dan perlahan-lahan dekatkan pen sehingga ke bahagian batang hidung anda dan jarakkannya kembali ke posisi asal. Dekat dan jauhkan pen sebanyak 10 kali. Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari anda, tekan lembut penjuru dahi dan urut dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali lagi untuk arah sebaliknya. Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan di kedua belah penjuru sisi hidung. Bersandar, pejam mata, relaks dan rehat selama 3 minit.
Dapatkan tidur yang cukup. Tidur akan membiarkan mata berehat sepenuhnya, membaiki dan memulih secara semula jadi kondisinya. Tidur yang tidak cukup hanya akan melemahkan penglihatan. Jadi, sila tidur 8 jam setiap malam. Lebih-lebih lagi buat individu yang kerjanya perlu menghadap komputer setiap hari, sila cari sekurang-kurangnya 1 jam untuk alihkan pandangan mata anda ke tempat lain. Rehatkan penglihatan anda. Jika mata anda terlalu penat, berasa perit dan tidak selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata. Ia akan memberi sensasi kesejukan buat mata seterusnya melegakan kepenatannya. Selamat beramal SUMBER -Dr. Mao Shing Ni seperti ditonton dalam siri The Dr. Oz Show
Sumber: Petua Ibu