KETIKA namanya semakin dikenali di Malaysia, ada mula menuduh personaliti media sosial asal Korea Selatan Maryam You Narae bersikap sombong dengan peminat. Tampil mempertahankan diri, Maryam, 31, berkata, sebagai figura dikenali dia sudah mencuba sedaya upaya memberi layanan yang baik setiap kali disapa peminat. “Saya anggap warganet bosan, tak ada kerja itu yang cari orang untuk dikritik.
Memang ada peminat tegur kalau saya sedang makan atau beli-belah dan saya akan sentiasa layan kalau tidak dalam keadaan tergesa-gesa. Ada yang nak ambil gambar atau menyapa saya memang akan layan,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Maryam berkata, ada pihak mungkin menganggap dia sombong apabila terserempak dia berjalan berdua dengan anak perempuannya iaitu Rina tanpa ditemani sesiapa.
Jelas Maryam, jika mereka keluar berdua sebagai ibu dia akan lebih berhati-hati untuk mengawasi anaknya dan kurang memberi perhatian kepada perkara lain. “Kalau saya terlalu fokos dengan peminat dan tiba-tiba anak saya hilang, siapa nak bertanggungjawab? Tapi kalau dalam situasi macam itu mereka fikir saya sombong, saya tidak boleh komen apa-apa,” katanya.
Maryam bagaimanapun tidak pernah menganggap dia seorang yang popular sehingga perlu bersikap sombong atau meninggi diri dengan orang lain. “Saya pun tak fikir saya sendiri artis atau pempengaruh yang hebat, saya pun manusia biasa tidak sombong,” ujarnya. Sebelum ini, seorang warganet mendakwa Maryam enggan melayaninya dengan baik dan sombong semasa bertemu di sebuah pusat beli belah.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.