Pelakon hebat, Remy Ishak kini bergelar Datuk apabila menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran tersebut. Memetik laporan dari Kosmo! Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 42 menyatakan bahawa penganugerahan ini adalah rezeki buatnya yang sudah dua dekad berkecimpung dalam dunia seni. Dia turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam dan Kerajaan Negeri Melaka atas penganugerahan darjat berkenaan kepadanya.
“Alhamdulillah, rezeki. Ini adalah sebab kenapa saya perlu lebih bekerja keras. Terima kasih dan selamat hari lahir TYT Tun,” katanya. Sekadar info, Remy Ishak telah membintangi 40 buah filem sepanjang berkecimpung dalam dunia lakonan selama 19 tahun ini. Pelbagai anugerah pernah diraih olehnya sepanjang menjalani kerjaya tersebut seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia.
Pada Ogos 2021, anak kelahiran Melaka ini telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Roszaliza Yusof di Masjid negara sebelum dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Tuah Alam pada 27 Julai 2023.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.