Baru-baru ini, pelakon jelita Eyka Farhana beri bayangan bakal menamatkan zaman bujang dalam sebuah perkongsian menghadiri perkahwinan sepupunya, baru-baru ini. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi di laman Instagramnya, dia berkongsi beberapa gambar ketika menghadiri majlis tersebut bersama kekasihnya yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah pertanyaan ringkas yang ditinggalkan Akhyar menerusi ruangan komen yang mengajak aktres itu mendirikan rumah tangga. Bagi menjawab pertanyaan itu, Eyka berkata kepada Akhyar bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat malah sempat meluahkan rasa cintanya terhadap kekasihnya itu.
Sebelum ini, pelakon drama Lelaki Melayu Terakhir itu memberitahu tidak mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman. bujang bersama Akhyar dalam masa terdekat. Eyka mula berkongsi kisah cintanya bersama pemain bola berusia 25 tahun itu sejak 2020 selepas lama manutup kisah cintanya kepada orang ramai.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.