Pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa sekali lagi menjadi tumpuan warganet apabila dia didakwa kini hamil anak ketiga selepas melihat bentuk badannya yang lebih berisi menerusi sebuah foto. Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, ada segelintir individu mendakwa penampakan baby bump pada bahagian perutnya meskipun usahawan yang berusia 35 tahun itu memakai jubah potongan longgar.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, peminat menzahirkan ucapan tahniah buat bekas pengacara rancangan MeleTOP itu walaupun Neelofa sendiri belum mengesahkan berita kehamilan tersebut kepada umum. Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 dan Abdullah Abbas, setahun.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.