Anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania minta orang ramai untuk henti sebar fitnah berhubung dirinya dan keluarga di media sosial. Nama Marissa Dania Hakim kembali menjadi bualan ramai sejak dilaporkan kehilangan anak yang dikandung selama enam bulan ketika dilahirkan dalam keadaan pramatang.
Suasana bertambah gamat apabila komen Marissa di posting luahan Abby Abadi telah mendapat perhatian ramai apabila dia meminta supaya ibunya membalas mesej yang dihantar menerusi WhatsApp. Terbaharu, dalam hantaran di Instagram Story, Marissa yang juga personaliti media sosial dan model muslimah meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi yang boleh mendatangkan fitnah. Marissa yang juga isteri kedua kepada Aslam berkata, orang ramai sepatutnya bersyukur kerana Allah masih menjaga aib mereka daripada terus tersebar.
Dia telah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, bapa mentua, qariah surau serta isteri pertama, Umisya Mazlan kerana membantu dalam segala hal. Dia juga meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi serta menjatuhkan hukum sewenangnya diatas ujian yang sedang dilalui oleh mreka ketika ini.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.