Ada peminat yang minta kembali kepada bekas suami, ini pula respon dari Puteri Sarah Liyana

MENYEDARI ada peminat mencadangkan untuk dia kembali kepada bekas suami iaitu Syamsul Yusof, pelakon Puteri Sarah Liyana menegaskan perkara itu sama sekali tidak akan berlaku. Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata dia lebih selesa sekadar bersahabat dan enggan lagi dikaitkan dengan pengarah itu. “Saya hanya mampu ketawa sahaja. Tak kot (rujuk). Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama-sama menjaga anak.

“Kalau boleh Sarah memang tak nak lagi dikaitkan dengan Syamsul,” katanya. Sarah menjelaskan mengenai perkara itu ketika ditemui sejurus prosiding saman fitnah terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat. Mengulas mengenai tanggapan warganet menyifatkan kemelut rumah tangga Syamsul dan Ira adalah suatu kifarah, Sarah bagaimanapun enggan mencampuri urusan pasangan berkenaan.

“Saya tak nak komen tentang itu. Tak baik dan saya sebenarnya tak nak ambil tahu. Saya, keluarga dan mentua pun tahu mengenai perkara itu menerusi Instagram (IG). Kami memang tak tahu apa-apa dan tak nak ambil tahu. Sebagai keluarga kita doakan yang terbaik sahaja untuk mereka berdua,” jelasnya. Ditanya adakah dia berasa simpati dengan nasib yang menimpa pasangan itu, Sarah memberi reaksi terkedu sebelum menyusun ayat menjawab soalan berkenaan.

Kata Sarah, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan Ira kerana berita penceraian itu sangat mengejutkan. “Saya tak tahu nak cakap macam mana. Simpati dan saya mendoakan yang terbaik buat mereka kerana perkara ini memang tidak dijangka,” ujarnya. Dalam pada itu, Sarah memaklumkan Syamsul tidak pernah culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada dua orang anaknya selepas mereka berpisah. “Syamsul ada jumpa anak-anak. Itu tetap tanggungjawab dia. Apa yang berlaku pada dia, itu saya tak masuk campur,” katanya.

Untuk rekod, Sarah pernah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka berakhir dengan perpisahan pada 14 Jun tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun. Pada 19 Ogos lalu, Syamsul menfailkan untuk berpisah terhadap Ira kerana dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman dan bersedia untuk melepaskan isterinya itu. Sebutan yang sepatutnya berlansung pada Selasa terpaksa ditunda kepada 25 September depan memandangkan Ira baru sahaja melantik peguam.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.