Sanggup bersujud untuk minta maaf, Abg Tesla minta warganet jangan serang isteri kedua sebab tengah berpantang

Usahawan dan personaliti media sosial, Abang Tesla minta warganet jangan serang isteri kedua, Nur Syafiqah Mohd Hanafi yang baru selamat melahirkan anak baru-baru ini. Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry meluahkan rasa kesal apabila orang ramai melemparkan kesalahan ke atas isterinya yang kini sedang berpantang. Menurut Abang Tesla, segala kata-kata cacian dan hinaan itu seharusnya dilemparkan kepada dirinya.

“Saya harap warganet kalau nak serang melemparkan kata-kata kesat boleh lemparkan pada saya sahaja. Semua salah datang dari saya. Jangan serang isteri kedua sebab dia dalam pantang lagi,” katanya. Dalam pada itu, usahawan berusia 29 tahun juga meminta orang ramai untuk terus memberikan kata-kata semangat dan positif buat isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.

Dia juga merayu kepada orang ramai agar tidak menganggu kedua-dua isterinya selain meletakkan segala kesalahan pada dirinya. “Saya sanggup bersujud untuk minta maaf kalau saya menyakitkan hati kalian. Saya sanggup buat apa sahaja janji korang (warganet) tak ganggu mental mereka berdua (isteri-isteri),” katanya di Instagram Story, hari ini.

Sebelum ini, tular satu hantaran di Facebook mendakwa isteri kedua Abang Tesla telah selamat melahirkan anak pertama mereka yang bakal menjadi pewaris Khal Legacy. Namanya juga menjadi perhatian orang ramai selepas isteri pertama dedah terdapat individu menuduh dirinya mandul dan tidak dapat memberikan pewaris kepada suami. Nurmajdina berkata dia sudah beberapa kali menjalani proses persenyawaan in vitro (IFV), namun  diganggu oleh individu yang dipercayai madu, Nur Syafiqah Mohd Hanafi bersama penyokongnya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.