Hasrat seorang anak lelaki untuk bertemu bapanya bertukar tragis susulan penemuan rangka manusia di sebuah rumah di Kepong, Kuala Lumpur. Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima laporan daripada anak mngs selepas dia pergi ke kediaman itu untuk berjumpa dengan ayahnya. Semakan lanjut mendapati lelaki warga emas berusia 74 tahun itu tinggal berseorangan selepas berpisah dengan isterinya.
Sementara menerusi platfrom X, seorang lelaki mendakwa mangsa yang pemergian isteri itu didakwa telah berkahwin dengan seorang wanita Indonesia. “Isteri baru ni kikis duit arwah dan lari pulang ke Indonesia. Malah buat rumah baru di Indonesia. Anak-anak tak setuju dia kahwin dengan wanita itu dan arwah menjauhkan diri dengan anak-anak. Rumah tu anak-anak yang belikan.”
Menurut sumber, kali terakhir arwah dilihat di pejabat Badan Pengurusan Bersama (JMB) pada September 2021 untuk membayar bil. “Anak ada datang ke rumah ayahnya beberapa kali tetapi berkunci rapat. Ada yang percaya, dia pergi cari isteri ke Indonesia. Tapi mereka fikir ayahnya dah berpisah. Hinggalah 5 September 2024, anak buat keputusan pecah pintu. Baru sedar ayahnya pergi menghadap illahi.
Yang anehnya, arwah pergi menghadap illahi dah 3 tahun, tapi mayat tak busuk. Jiran-jiran pun tidak bau. Mungkin kerana arwah orang alim, mengajar Quran dijaga Allah.” Difahamkan, selain merupakan mudir (guru besar) di Kelas Tahfidz, arwah juga dikatakan mengajar kanak-kanak di Masjid Kepong mengaji.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.