Ramai yang mula pertikaikan bila KKM nak naikkan cukai minuman bergula sebab nak bendung penyakit diabetes

Sejak semalam, kecoh di platfom X apabila warganet mempertikaikan solusi KKM mahu naikkan cukai minuman bergula dalam membendung penyakit terutama diabetes dengan lebih berkesan. Ia selepas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan kadar kenaikan cukai minuman bergula (SBB) akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2025 pada bulan hadapan.

Cukai yang dirancang itu susulan kejayaan sebelum ini dalam mengurangkan penggunaan minuman manis sebanyak 9.25% di seluruh negara, selepas kerajaan mengenakan kenaikan cukai gula sebanyak 10 sen seliter di bawah Bajet 2024 kepada 50 sen seliter. Bagaimanapun, kenyataan tersebut telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana mereka seolah-olah mempertikaikan solusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) denganĀ  mahu menaikkan lagi kadar cukai minuman bergula.

Mereka mendakwa penyakit diabetes bukan disebabkan minuman manis semata-mata sahaja. Sebaliknya ia turut berpunca daripada pengambilan makanan karbohidrat berlebihan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga bimbang sekiranya harga barangan lain turut akan terjejas dan meningkat selepas cukai SBB dilaksanakan kelak.

Kerajaan akan lebih meneliti sistem penilaian nutrisi bagi memastikan produk makanan digred bergantung kepada kandungan gula. Sebagai rekod Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023, hampir 3.6 juta rakyat Malaysia menghadapi diebetes ketika ini. Lebih daripada setengah juta rakyat yang hidup dengan empat jenis penyakit iaitu diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan juga obestiti. Sebelum ini, kadar duti eksesais bagi minuman bergula dinaikkan daripada 40 sen kepada 50 sen untuk 100 milimiter (ml), pada tahun ini.

Difahamkan, dasar itu meliputi minuman bergas dan gula minuman tidak beralkohol lain dengan nilai ambang yang sama. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *