Umum memang kita kenali dengan pelakon ini. Suami kepada Seniwati Datin Maria Arshad, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada petang semalam. Perkhabaran duka itu telah dimaklumkan sendiri oleh Datin Maria Arshad menerusi satu hantaran yang dikongsi di laman Instagramnya. “Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum semua warga Instagram, ahli-ahli keluarga, dan kawan-kawan semua. “Innalillahiwainailaihirojiun, dukacita ingin dimaklumkan bahawa suami saya, Datuk Abdul Rahman bin Abu Bakar, telah menghembuskan nafas terakhirnya di PPUM pada jam 12.49 tengah malam semalam,”tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, difahamkan jenazah telah selamat dikebumikan pada hari yang sama. “Jenazah dah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut jam 1.30 petang tadi. “Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman, aamiin, Insya-Allah. “Terima kasih pada semua yang telah hadir pada pengebumian arwah suami saya, pada semua yang mendoakan dan whatsapp atau direct message saya,” tambahnya.
Bagaimanapun, punca sebenar kem4tian Allahyarham Datuk Abd. Rahman masih lagi belum dikongsikan kepada umum. Sementara itu, perkhabaran duka itu dikongsikan oleh anak dan menantunya iaitu Ijoy Azahari dan Sharifah Shahirah di laman Instagram masing-masing. Singgah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti turut melahirkan rasa duka dan mendoakan arwah di tempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
Antara komen dari warganet, @Zielajalil : “ Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Allahummaghfir lahu warhamhu, wa’aafihi wa’fu ‘anh, salam takziah kakak. @Nazazra : “Innalillahi wainna ilaihirajiun, Allahummagh firlahu warhamhu wa aafi wa fu anhu”. @azlenatay : “Inna lillahi wainna ilaihi rojiun.. semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.. Aameen ya Mujib. Salam takziah buat Datin sekeluarga”. Sekadar info, Maria Arshad merupakan aktres popular sekitar era 80-an, seangkatan dengan nama besar yang selain seperti Noor Kumalasari, Rubiah Suparman dan Raja Noor Baizura.
Maria Arshad pernah berkahwin pada usia 16 tahun dan telah dikurniakan dua cahaya mata Zulkifly Azari (Ijoy) dan Norazlina, sebelum bercerai dan mendirikan rumah tangga keduanya bersama Abdul Rahman Abu Bakar seterusnya dikurniakan dua orang puteri Nabilla Manissa serta Natasha Munira. Al-Fatihah dari kami. Sumber, gempak