Ada yang anggap dia mempermainkan isu perkahwinan, ini pula penjelasan dari Adira Suhaimi

Penyanyi dan pelakon, Adira Suhaimi menafikan dakwaan dia dan bekas suami, Datuk Red mempermainkan urusan berkaitan perkahwinan dan perpisahan mereka. Ketika ditemui, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 33, menjelaskan bahawa kemunculan pemilik nama Datuk Seri Adnan Abu di atas pentas bagi menyerahkan cincin kepadanya adalah gimik pelancaran barangan perhiasan kemas.

“Macam bagi cincin di atas pentas ketika majlis berlangsung, bukan main-main. Itu adalah sebahagian daripada acara untuk menjayakan majlis.” Tambah pelantun lagu Ilusi ini lagi, gimik itu sebenarnya telah pun mendapat persetujuan daripada Abang Red sendiri dan dia juga ikhlas untuk memberi kerjasama. “Saya sangat-sangat bersyukur sebab Abang Red bagi komitmen nak membantu. Saya hargai sebab dia sudi membantu untuk menjayakan, mencantikkan dan menyempurnakan lagi majlis pelancaran cincin terbaharu Siti Adira Miragold Collection.”

Sementara itu, Adira turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya mempermainkan urusan berkaitan perkahwinan sebaliknya dia memilih untuk tidak berkongsi hal peribadi kepada umum. “Mulut orang tak boleh tutup. Yang mana tahu je tahu. Kalau kata nak main-main pasal cerai tu tidaklah. Semua orang tahu benda tu tak boleh buat main. Itu adalah jalan dan proses yang saya perlu jalani dan orang lain tak perlu tahu. Cukup saya dan Abang Red sahaja yang tahu.”

Adira berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran cincin terbaharu Siti Adira Miragold Collection bertempat di Magica Grand Hall, Star Avenue Lifestyle Mall pada Khamis. Untuk rekod, Adira dan Datuk Red pernah mendirikan rumah tangga pada 24 April berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun berpisah pada 24 April lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.